Publication: Data logging hardware systems
Date
2005-03-01
Authors
Wan Salleh, Wan Mohd Shukri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Secara umumnya, Sistem Perolehan Data merupakan satu sistem peralatan elektronik yang dibina bertujuan untuk merekodkan data daripada persekitaran luar dalam jangka masa tertentu. Data yang direkod adalah ditentukan oleh pengguna, kebiasaannya merupakan parameter fizikal seperti suhu, kelembapan relatif, tekanan, voltan, aras air dan sebagainya. Kesemua data ini berkemungkinan terdiri daripada data analog atau digital, yang mana bergantung kepada jenis parameter tersebut. Sistem ini dibina bertujuan mencerap data-data yang berkaitan dengan pergerakan sebuah robot dalam air. Data tersebut ialah suhu persekitaran, arah kedudukan, sudut sendeng robot, tarikh dan waktu pencerapan data. Kesemua data ini dicerap dengan menggunakan pengesan masing-masing iaitu pengesan suhu LM35DZ, pengesan Memsic 2125 bagi mengesan sudut sendeng dan kompas pengesan arah elektro-mekanikal. Pengesan suhu LM35DZ
memberikan keluaran dalam bentuk voltan analog kepada mikropengawal, manakala pengesan pecutan Memsic 2125 dan kompas pengesan arah elektro mekanikal memberikan keluaran dalam bentuk digital kepada mikropengawal.