Publication:
Mampatan beban paksi keatas tiub segienam

Thumbnail Image
Date
2000-01-01
Authors
Azam, Mohd Azizul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Pengujian hentaman untuk rekabentuk sesebuah kenderaan secara tradisional adalah berdasarkan ujian pemusnahan prototaip. Oleh itu pakar-pakar dalam bidang unsur terhingga (finite element) telah membangunkan sofwer yang dapat membantu jurutera merekabentuk dengan lebih effisien dan juga mendapatkan maklumat tentang sistem serapan tenaga pada tiub yang di uji. Antara sofwer yang di bangunkan adalah DYNA-3D, ABAQUS, I-DEAS dan lain-lain. Rekabentuk sesuatu komponen yang berupaya menahan hentaman secara menegak atau melintang memerlukan pengetahuan dan pemahaman dalam bidang struktur dinamik dan juga ciri-siri mekanisme perubahan setiap bahan atau komponen yang diperlukan. Kebanyakan aplikasi terkini yang melibatkan hentaman serapan tenaga tertumpu kepada sifat sesuatu struktur atau komponen logam yang mana mekanisme pelepasan tenaga utama melibatkan perubahan plastik, patah atau koyakan pada logam. Kajian ini melibatkan perbincangan mengenai suatu tiub segienam berdinding nipis yang dikenakan mampatan secara menegak. Perubahan lengkokan secara menegak ini akan menumpukan bagaimana untuk menentukan beban purata operasi (mean operating load) dan had-had kemampuan serapan tenaga dapat diperolehi. Seterusnya ramalan mengenai kekuatan hentaman untuk tiub berdinding nipis ini adalah berdasarkan mekanisme lipatan yang berlaku. Terdapat dua jenis lipatan yang biasanya berlaku iaitu perubahan mod secara quasi-inextensional dan extensional seperti yang dinyatakan oleh Wierzbicki dan Abramowicz(1983).
Description
Keywords
Citation