Publication:
Menguji kematangan buah menggunakan arus dc dan isyarat gelombang mikro

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-03-01
Authors
Yazi, Nurul Emarina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Terdapat pelbagai cara dilakukan untuk menentukan tahap kematangan sesuatu buah, tetapi kebanyakan cara ini akan merosakkan buah tersebut seperti memicit buah serta mengambil jus buah untuk tujuan pengukuran bahan kimia yang terdapat dalam buah. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk satu alat yang dapat menentukan tahap kematangan tanpa merosakkan buah itu. Gelombang mikro dan arus DC akan digunakan untuk menentukan tahap kematangan buah tersebut. Setiap buah yang matang dan yang tidak matang mempunyai kadar komposisi kimia yang berbeza. Kadar komposisi kimia ini dapat memberikan bacaan konduktiviti dan perubahan dielektrik yang berbeza. Oleh kerana itu, sebuah PCB direka bentuk untuk mengukur konduktiviti dan perubahan dielektrik pada buah yang diuji. Nilai bacaan konduktiviti dan dielektrik buah yang diuji dapat dilihat melalui perubahan voltan keluaran yang diukur pada perintang dalam litar penyukat arus DC dan RF. Setiap data atau keputusan akan disimpan ke dalam alat penyimpan data (Data Logger) dan akan dihantar pada komputer untuk dipaparkan. Tahap kematangan buah yang berbeza akan diuji iaitu tahap masak dan muda kerana komposisi bahan kimia bagi dua tahap kematangan buah ini adalah berbeza. Berbagai jenis buah yang berbeza tahap kematangannya telah diuji kerana ia bertujuan untuk mendapatkan julat bagi buah masak dan buah muda.
Description
Keywords
Citation