Publication: Perkembangan Kaedah Kromatografi Bagi Penentuan Klorproguanil Dan Klorsikloguanil Di Dalam Plasma
Date
1990-12
Authors
Mahmud, Latifah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaedah-kaedah kromatografi cecair dan gas yang baru telah dimajukan bagi penentuan klorproguanil dan metabolitnya, klorsikloguanil dalam plasma. Drug-drug berkenaan berserta proguanil sebagai piawai dalaman telah diekstrak daripada plasma
melalui kaedah pengekstrakan fasa pepejal pada penjerap ODS (CIS) dengan dielusikan oleh metanol yang mengandungi 0.01 % dietilamina-asid asetik. Purata peratus pengembali bagi klorproguanil melalui pengekstrakan ini adalah (85 + 3.6) % dengan
pekali ubahan 4.2 % manakala bagi klorsikloguanil pula adalah (60.2 ± 3.9) % dengan pekali ubahan 6.6%.
Description
Keywords
Chlorcycloguanil -- Analysis , Chlorproguanil -- Analysis