Publication:
The effect of various pm a concentrations on the differentiation of u937 cells.

Thumbnail Image
Date
2016
Authors
Marhalim, Siti Zulaiha
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Sei U937 diperoleh daripada pesakit limfoma ‘histiositik’ lelaki yang berumur 37 tahun. Sel-sel ini telah digunakan secara meluas sebagai model 'in vitro ’ kerana ia dapat mengekalkan semua ciri ‘monoblastik’ daripada monosit, termasuk keupayaan untuk berubah kepada makrofaj selepas dirangsang dengan phorbol-12-myristate 13-asetat (PMA). Kajian sebelum ini menyatakan bahawa , sei yang berubah menjadi makrofaj akan sepenuhnya bertukar dan memperoleh ciri-ciri dan mempamerkan pelbagai sifat makrofaj yang tipikal. Kajian ini, bertujuan untuk mencari kepekatan antibodi antiCD 14 optimum untuk melabelkan sei U937, menilai daya maju sei dengan menggunakan Trypan biru dan mengkaji pengekspresan pertumbuhan sei CD 14, CD11 dan HLA-DR pada permukaan sei selepas dirangsang dengan PMA. Sel-sel U937 telah dikultur dalam media ‘Roswell Institut Memorial Park’ lengkap (RPMI-1640) dan ditinggalkan dalam inkubator yang mengandungi 5% CO2 pada 37°C. Sel-sel U937 yang matang (2 x 106 sei / ml) dikulturkan dalam bekas yang mengandungi 24 lubang kecil dengan ketiadaan atau kehadiran 10 ng/ml dan 100 ng/ml PMA, LPS dan IL-4 selama 0, 24 dan 48 jam. Permukaan sei dinilai dalam cecair atas menggunakan antibodi anti-CD14, anti-CDllb dan anti-HLA-DR oleh flow cytometri. Kajian menunjukkan bahawa pengekspresan CD 14, CDllb dan HLA-DR di permukaan sei boleh di kesan melalui sitometer. Penemuan ini menunjukkan bahawa sei U937 boleh berubah ke dalam makrofaj terhadap rangsangan.
Description
Keywords
Citation