Publication: Analisis Kepelbagaian Jenis Liputan Berita Dalam Berita Harian Dan Sinar Harian
Date
2015-02
Authors
Dzaman, Aisya Syahirah Kamaraal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Berita adalah laporan sesuatu kejadian atau peristiwa, sesuatu fakta ataupun pendapat yang bersifat semasa, menarik dan bermakna kepada para pembaca. Akhbar pula merupakan pengantara utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pelbagai perkembangan yang berlaku setiap hari. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat GeograCi (GIS) untuk melihat kepelbagaian jenis liputan berita bagi Berita Harian dan Sinar Harian di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Analisis pemetaan digunakan bagi memudahkan analisis kepelbagaian jenis liputan berita dilakukan. Analisis kepelbagaian iaitu indeks kepelbagaian Shannon digunakan bagi mengukur kepelbagaian jenis liputan bagi Berita Harian dan Sinar Harian. Sinar Harian melaporkan 232 buah berita melibatkan 24 kategori manakala 41 buah berita dilaporkan oleh Berita Harian (14 kategori). Liputan berita paling tinggi adalah di Alor Setar yang mana melibatkan 43 buah berita untuk Sinar Plarian dan indeks kepelbagaian Shannon sebanyak 1.106 dengan kesamarataan Shannon adalah 0.782. Kategori berita hubungan sosial dan kemasyarakatan mendapat liputan yang tinggi bagi Berita Harian dan Sinar Harian iaitu 6 buah berita bagi Berita Harian dan 41 buah berita bagi Sinar Harian. Oleh itu, Sinar Harian mempunyai kepelbagaian yang lebih tinggi berbanding Berita harian.
Description
Keywords
Analisis Kepelbagaian Jenis Liputan Berita