Publication: Peranan Nerve Centre Dalam Mengurus Pandemik Covid-19 Di Universiti Sains Malaysia
Loading...
Date
2024-08
Authors
Hussin, Zulkifli Che
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Corona Virus 2019 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 merupakan perkara yang sering dibincangkan dan diperdebatkan pada masa ini kerana telah menjejaskan keselamtan satu dunia dalam pelbagai aspek. Semua perkara terkesan akibat daripada pandemik ini termasuk juga institusi pendidikan. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf dengan menubuhkan Nerve Centre atas dasar untuk membantu universiti dalam menangani penularan wabak ini. Di sini merupakan permulaan bagi penyelidik untuk mengkaji pengurusan COVID-19 yang dilaksanakan oleh USM. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai. Pertama, mengkaji jenis kepimpinan pengurusan Nerve Centre dalam menangani COVID-19 di USM. Kedua, mengkaji peranan pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani COVID- 19. Ketiga, mengenal pasti cabaran pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani COVID-19. Data-data yang didapati tersebut kemudiannya dianalisis dengan analisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini menggunakan responden seramai 150 orang dalam kalangan staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia bagi mendapatkan data utama berkenaan pengurusan COVID-19 tersebut. Hasilnya, didapati bahawa pengurusan COVID-19 di USM sangat berkesan membantu pengawalan penularan wabak tersebut.
Description
Keywords
Peranan Nerve Centre , Nerve Centre , Pandemik Covid-19 , Covid-19 , Covid-19 Di Universiti Sains Malaysia , August 2024 , Hussin , Zulkifli Che , Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan