Publication:
Pengaruh Jangkaan, Nilai, Pengurusan Kerja Rumah, Usaha Kerja Rumah, Dan Strategi Pembelajaran Regulasi Kendiri Terhadap Penyelesaian Kerja Rumah Matematik

Thumbnail Image
Date
2024-11
Authors
Rahman, Madina Abdul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Penyelesaian kerja rumah adalah sangat penting bagi memastikan murid mencapai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari. Proses menyelesaikan kerja rumah memerlukan murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara regulasi kendiri. Namun, tidak semua murid dapat mengurus serta menyelesaikan kerja rumah mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan bagi menguji model hubungan dan mengkaji ciri-ciri psikometrik instrumen kajian yang mengukur konstruk jangkaan, nilai, pengurusan kerja rumah, usaha kerja rumah, strategi pembelajaran regulasi kendiri, dan penyelesaian kerja rumah bagi subjek matematik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji persamaan dan perbezaan hubungan antara konstruk dalam model kajian antara kumpulan jantina dan juga aliran. Seramai 970 orang murid sekolah menengah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel melalui teknik persampelan rawak berlapis. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan soal-selidik sebagai teknik pengumpulan data. Data diperolehi daripada responden kajian melalui satu set instrumen yang mengukur enam konstruk dalam model yang diadaptasi dan disesuaikan mengikut konteks negara ini.
Description
Keywords
Citation