Kesan Resin Pemelekat Terhadap Sifat-Sifat Perekat Untuk Getah Asli Terepoksida

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-07
Authors
Syed Putra, Syed Zhafer Firdaus
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kesan penambahan resin petro dan gam rosin serta pencampuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI terhadap sifat-sifat rekatan perekat berasaskan getah asli terepoksida (ENR) 25 dan 50 telah dikaji. Kesan penambahan resin petro dan gam rosin serta pencampuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI terhadap sifat-sifat rekatan perekat berasaskan SMR L turut dikaji sebagai perbandingan dengan ENR. Kesan ketebalan litupan dan masa mastikasi terhadap sifat-sifat rekatan perekat juga dikaji. Didapati, kekuatan lekatan perekat berasaskan ENR meningkat dengan peningkatan kepekatan resin petro dan gam rosin. Kekuatan lekatan yang lebih tinggi diperhatikan bagi perekat yang mengandungi campuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI. Perekat berasaskan ENR 25/resin petro/resin CI menunjukkan kekuatan lekatan yang paling tinggi. Kekuatan kupasan T, 90° dan 180° meningkat sehingga nilai maksimum pada kepekatan 40 phr resin petro dan gam rosin. Perekat dengan kandungan resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI turut menunjukkan peningkatan sehingga nilai maksimum pada kepekatan 40 phr resin petro dan gam rosin. Perekat dengan kandungan resin petro/resin CI dan gam rosin/ resin CI menunjukkan kekuatan kupasan yang lebih tinggi. Perekat berasaskan ENR 25/resin petro/resin CI menunjukkan kekuatan kupasan yang paling tinggi. Kelikatan dan kekuatan ricihan perekat berasaskan ENR menurun dengan peningkatan resin pemelekat bagi semua jenis penambahan dan pencampuran. Perekat berasaskan SMR L/resin petro menunjukkan nilai kelikatan dan kekuatan ricihan yang paling tinggi. Kekuatan lekatan dan kupasan perekat meningkat dengan peningkatan ketebalan litupan. Bagaimanapun, didapati kekuatan ricihan menurun dengan peningkatan ketebalan litupan. Kekuatan lekatan, kupasan dan ricihan meningkat dengan peningkatan masa mastikasi sehingga 10 minit dan kemudiannya menurun dengan masa mastikasi lebih panjang. Kelikatan menurun dengan peningkatan masa mastikasi.
Description
Keywords
Kesan resin pemelekat terhadap sifat-sifat perekat , untuk getah asli terepoksida
Citation