Kesan Resin Pemelekat Terhadap Sifat-Sifat Perekat Untuk Getah Asli Terepoksida

dc.contributor.authorSyed Putra, Syed Zhafer Firdaus
dc.date.accessioned2018-08-15T06:36:25Z
dc.date.available2018-08-15T06:36:25Z
dc.date.issued2011-07
dc.description.abstractKesan penambahan resin petro dan gam rosin serta pencampuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI terhadap sifat-sifat rekatan perekat berasaskan getah asli terepoksida (ENR) 25 dan 50 telah dikaji. Kesan penambahan resin petro dan gam rosin serta pencampuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI terhadap sifat-sifat rekatan perekat berasaskan SMR L turut dikaji sebagai perbandingan dengan ENR. Kesan ketebalan litupan dan masa mastikasi terhadap sifat-sifat rekatan perekat juga dikaji. Didapati, kekuatan lekatan perekat berasaskan ENR meningkat dengan peningkatan kepekatan resin petro dan gam rosin. Kekuatan lekatan yang lebih tinggi diperhatikan bagi perekat yang mengandungi campuran resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI. Perekat berasaskan ENR 25/resin petro/resin CI menunjukkan kekuatan lekatan yang paling tinggi. Kekuatan kupasan T, 90° dan 180° meningkat sehingga nilai maksimum pada kepekatan 40 phr resin petro dan gam rosin. Perekat dengan kandungan resin petro/resin CI dan gam rosin/resin CI turut menunjukkan peningkatan sehingga nilai maksimum pada kepekatan 40 phr resin petro dan gam rosin. Perekat dengan kandungan resin petro/resin CI dan gam rosin/ resin CI menunjukkan kekuatan kupasan yang lebih tinggi. Perekat berasaskan ENR 25/resin petro/resin CI menunjukkan kekuatan kupasan yang paling tinggi. Kelikatan dan kekuatan ricihan perekat berasaskan ENR menurun dengan peningkatan resin pemelekat bagi semua jenis penambahan dan pencampuran. Perekat berasaskan SMR L/resin petro menunjukkan nilai kelikatan dan kekuatan ricihan yang paling tinggi. Kekuatan lekatan dan kupasan perekat meningkat dengan peningkatan ketebalan litupan. Bagaimanapun, didapati kekuatan ricihan menurun dengan peningkatan ketebalan litupan. Kekuatan lekatan, kupasan dan ricihan meningkat dengan peningkatan masa mastikasi sehingga 10 minit dan kemudiannya menurun dengan masa mastikasi lebih panjang. Kelikatan menurun dengan peningkatan masa mastikasi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6321
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan resin pemelekat terhadap sifat-sifat perekaten_US
dc.subjectuntuk getah asli terepoksidaen_US
dc.titleKesan Resin Pemelekat Terhadap Sifat-Sifat Perekat Untuk Getah Asli Terepoksidaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: