Kajian Kepimpinan Dan Strategi Retorik Dalam Memoir Khatijah Sidek : Puteri Kesateria Bangsa Dan Aishah Ghani : Memoir Seorang Pejuang
Loading...
Date
2016-12
Authors
Baharom, Mohmad Noorhisham
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Memoir merupakan catatan sebenar seseorang penulis yang merakamkan pengalaman sendiri dan orang di sekitarnya untuk tatapan umum. Kajian ini menumpukan kepada dua teks memoir iaitu Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa dan Aishah Ghani : Memoir Seorang Pejuang. Kedua-dua pengarang ini merupakan pemimpin satu sayap organisasi politik yang terkenal dan penting di Malaysia iaitu Pergerakan Wanita UMNO. Sungguhpun demikian, mereka mendapat pengiktirafan yang berbeza daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Kedua-dua memoir ini merakamkan reaksi mereka tentang pengiktirafan yang diterima. Memoir ini juga memperlihatkan pola kepimpinan dan bagaimana mereka menulisnya. Objektif kajian ini ialah mengkaji kepimpinan dan strategi retorik yang digunakan oleh Khatijah Sidek dan Aishah Ghani dalam menguruskan Pergerakan Wanita UMNO; mengkaji strategi retorik yang digunakan oleh mereka dalam memoir masing-masing untuk memujuk dan mempengaruhi pembaca. Objektif terakhir ialah membandingkan kepimpinan dan strategi retorik yang digunakan dalam mengurus organisasi Pergerakan Wanita UM NO dan penulisan memoir. Bagi mencapai objektif-objektif di atas, kajian ini menggunakan Teori Kepimpinan Kontingensi Situasi Fiedler untuk mengkaji aspek kepimpinan dan strategi retorik kepimpinan organisasi dan penulisan memoir mereka. Kajian mendapati tiga pola Kepimpinan Kontingensi Situasi telah wujud dalam kepimpinan mereka. Khatijah Sidek dan Aishah Ghani memberi perhatian kepada pola pertama iaitu hubungan pemimpin-ahli. Namun, Khatijah Sidek lebih menekankan hubungan dengan ahli-ahli di peringkat akar-umbi, manakala Aishah
Ghani menekankan hubungan dengan pemimpin atasan. Justeru itu, Aishah Ghani dapat memelihara hubungan yang baik dengan pemimpin teratas UMNO berbanding Khatijah Sidek. Strategi retorik dalam kepimpinan organisasi lebih menyerlah dalam kepimpinan Khatijah Sidek berbanding Aishah Ghani. Dalam usahanya mempengaruhi ahli akar-umbi UMNO, Khatijah Sidek lebih banyak menggunakan strategi retorik ethos dan pathos. Aishah Ghani dalam penulisan memoirnya lebih banyak menggunakan strategi retorik ethos dan logos bagi mempengaruhi pembaca. Manakala Khatijah Sidek menggunakan strategi retorik pathos bagi mendapat simpati pembaca.
Description
Keywords
Mengkaji kepimpinan dan strategi retorik , yang digunakan oleh Khatijah Sidek dan Aishah Ghani.