Pengurusan Kualiti Kerja Kontraktor Binaan Oleh Firma Pemaju Perumahan

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-03
Authors
Jaffar, Abdul Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dewasa ini , isu kualiti sering diperkatakan dan diberikan perhatian yang serius dalam usaha negara kita untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020. Pelbagai langkah dan strategi disusun oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk mencapai kualiti menurut piawaian ISO. Hanya dengan kajian dan penyelidikan serta kawalan , maka kualiti dapat dikawal dan dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu , laporan ini akan akan membincangkan sejauh mana kualiti diutamakan dalam sesuatu organisasi dan langkah - langkah yang perlu diambil untuk mengurus kualiti. Kajian ilmiah ini akan memfokuskan kepada pengurusan kualiti kerja kontraktor binaan oleh firma pemaju perumaha 1. Pengurusan kualiti kerja kontraktor binaan adalah amat penting demi memastikan kualiti hasil binaan iaitu unit - unit rumah kediaman adalah seperti yang dipersetujui dalam kontrak di antara pemaju perumahan dan kontraktor dan dalam masa yang sama memenuhi citarasa para pembeli rumah. Semakin pesat perkembangan industri binaan, semakin banyak rungutan I aduan yang di terima daripada pembeli rumah. Bagi membolehkan firma pemaJU perumahan mengecapi tahap kualiti kerja yang diharapkan daripada sesuatu hasil binaan, maka ia seharusnya melibatkan diri secara langsung dalam menguruskan kualiti kerja kontraktor binaan. Inilah yang hendak di kaji dalam kajian ilmiah ini. Perkara yang ingin diketengahkan disini ialah pemahaman tentang aspek kualiti dan pengurusan di dalam industri binaan. Pendekatan pengurusan kualiti hanya melibatkan pemaju perumahan untuk mengurus kerja kontraktor binaan, oleh yang demikian, kajian hanya dijalankan ke atas firma pemaju perumahan sahaja.
Description
Keywords
Pengurusan kualiti kerja kontraktor binaan , oleh firma pemaju perumahan.
Citation