Pengurusan Kualiti Kerja Kontraktor Binaan Oleh Firma Pemaju Perumahan

dc.contributor.authorJaffar, Abdul Aziz
dc.date.accessioned2017-02-14T06:53:51Z
dc.date.available2017-02-14T06:53:51Z
dc.date.issued1999-03
dc.description.abstractDewasa ini , isu kualiti sering diperkatakan dan diberikan perhatian yang serius dalam usaha negara kita untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020. Pelbagai langkah dan strategi disusun oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk mencapai kualiti menurut piawaian ISO. Hanya dengan kajian dan penyelidikan serta kawalan , maka kualiti dapat dikawal dan dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu , laporan ini akan akan membincangkan sejauh mana kualiti diutamakan dalam sesuatu organisasi dan langkah - langkah yang perlu diambil untuk mengurus kualiti. Kajian ilmiah ini akan memfokuskan kepada pengurusan kualiti kerja kontraktor binaan oleh firma pemaju perumaha 1. Pengurusan kualiti kerja kontraktor binaan adalah amat penting demi memastikan kualiti hasil binaan iaitu unit - unit rumah kediaman adalah seperti yang dipersetujui dalam kontrak di antara pemaju perumahan dan kontraktor dan dalam masa yang sama memenuhi citarasa para pembeli rumah. Semakin pesat perkembangan industri binaan, semakin banyak rungutan I aduan yang di terima daripada pembeli rumah. Bagi membolehkan firma pemaJU perumahan mengecapi tahap kualiti kerja yang diharapkan daripada sesuatu hasil binaan, maka ia seharusnya melibatkan diri secara langsung dalam menguruskan kualiti kerja kontraktor binaan. Inilah yang hendak di kaji dalam kajian ilmiah ini. Perkara yang ingin diketengahkan disini ialah pemahaman tentang aspek kualiti dan pengurusan di dalam industri binaan. Pendekatan pengurusan kualiti hanya melibatkan pemaju perumahan untuk mengurus kerja kontraktor binaan, oleh yang demikian, kajian hanya dijalankan ke atas firma pemaju perumahan sahaja.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3719
dc.subjectPengurusan kualiti kerja kontraktor binaanen_US
dc.subjectoleh firma pemaju perumahan.en_US
dc.titlePengurusan Kualiti Kerja Kontraktor Binaan Oleh Firma Pemaju Perumahanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: