Kesediaan Malaysia Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam: Kajian Kes Ke Atas JKSM
Loading...
Date
2018-05
Authors
Sarbini, Mohamed
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kesediaan memainkan peranan utama sebelum sesuatu pelaksanaan atau
tindakan dilakukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan aspek keagamaan. Tanpa
kesediaan, seseorang mungkin akan tersilap melaksanakan sesuatu tidak teratur dan
memberi kesan yang negatif atau sebalik daripada yang diharapkan. Beberapa kes
seperti kes liwat Sukma Darmawan (2009), kes minum arak Kartika Sari (2009) dan
kes qazaf yang membabitkan kejadian liwat (2015) menunjukkan tahap yang lemah
dalam kesediaan dan kemampuan Mahkamah Syariah dalam menghadapi kes-kes
jenayah syariah. Justeru, kajian ini mengandungi tiga objektif utama. Pertama, konsep
kesediaan dalam pensyariatan hukum syarak ke atas individu mukallaf dan
pemerintah. Kedua, mengkaji peranan JKSM dalam pentadbiran sistem kehakiman
dan perundangan syariah Malaysia. Ketiga, menganalisis tahap kesediaan JKSM ke
arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam. Bagi menjayakan kajian ketiga-tiga
objektif tersebut, dua kaedah pengumpulan data digunakan iaitu kajian kepustakaan
dan temu bual. Kajian kepustakaan dilakukan untuk menyelidik konsep kesediaan
dalam pensyariatan hukum syarak ke atasa mukallaf dan pemerintah yang menyangkut
dengan hukum taklifi dan wad’i yang melibatkan pelaksanaan undang-undang jenayah
Islam. Kajian melalui temu bual pula dengan para hakim dan pegawai-pegawai
daripada organisasi JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah
Syariah, Pegawai Pendakwaan Syariah dan Peguam cara dan Peguam bela Syarie. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Keseluruhan daripada 20 orang responden
iaitu mewakili 85% memperlihatkan betul-betul mempunyai kesediaan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam berbanding 3 orang responden yang mewakili 15% masih belum yakin terhadap kesediaan untuk melaksanakan kesediaan dari aspek pengetahuan untuk melaksanakan Undang-undang jenayah Islam di negara ini.
Description
Keywords
Kesediaan Malaysia dalam pelaksanaan , undang-undang jenayah Islam