Kesediaan Malaysia Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam: Kajian Kes Ke Atas JKSM

dc.contributor.authorSarbini, Mohamed
dc.date.accessioned2019-04-12T01:48:09Z
dc.date.available2019-04-12T01:48:09Z
dc.date.issued2018-05
dc.description.abstractKesediaan memainkan peranan utama sebelum sesuatu pelaksanaan atau tindakan dilakukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan aspek keagamaan. Tanpa kesediaan, seseorang mungkin akan tersilap melaksanakan sesuatu tidak teratur dan memberi kesan yang negatif atau sebalik daripada yang diharapkan. Beberapa kes seperti kes liwat Sukma Darmawan (2009), kes minum arak Kartika Sari (2009) dan kes qazaf yang membabitkan kejadian liwat (2015) menunjukkan tahap yang lemah dalam kesediaan dan kemampuan Mahkamah Syariah dalam menghadapi kes-kes jenayah syariah. Justeru, kajian ini mengandungi tiga objektif utama. Pertama, konsep kesediaan dalam pensyariatan hukum syarak ke atas individu mukallaf dan pemerintah. Kedua, mengkaji peranan JKSM dalam pentadbiran sistem kehakiman dan perundangan syariah Malaysia. Ketiga, menganalisis tahap kesediaan JKSM ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam. Bagi menjayakan kajian ketiga-tiga objektif tersebut, dua kaedah pengumpulan data digunakan iaitu kajian kepustakaan dan temu bual. Kajian kepustakaan dilakukan untuk menyelidik konsep kesediaan dalam pensyariatan hukum syarak ke atasa mukallaf dan pemerintah yang menyangkut dengan hukum taklifi dan wad’i yang melibatkan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Kajian melalui temu bual pula dengan para hakim dan pegawai-pegawai daripada organisasi JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Pendakwaan Syariah dan Peguam cara dan Peguam bela Syarie. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Keseluruhan daripada 20 orang responden iaitu mewakili 85% memperlihatkan betul-betul mempunyai kesediaan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam berbanding 3 orang responden yang mewakili 15% masih belum yakin terhadap kesediaan untuk melaksanakan kesediaan dari aspek pengetahuan untuk melaksanakan Undang-undang jenayah Islam di negara ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7968
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesediaan Malaysia dalam pelaksanaanen_US
dc.subjectundang-undang jenayah Islamen_US
dc.titleKesediaan Malaysia Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam: Kajian Kes Ke Atas JKSMen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: