Analisis Tanah Kepunyaan Bersama Dalam Kanun Tanah Negara Menurut Perspektif Islam
Loading...
Date
2016-12
Authors
Taha, Mohd Marbawi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam Kanun Tanah Negara 1965, kepunyaan bersama didefinisikan sebagai
pegangan tanah berimilik oleh dua atau lebih orang atau badan dalam bahagianbahagian
yang tidak dipecahkan. Ia bermaksud setiap pemilik berdaftar mempunyai
bahagian masing-masing pada keseluruhan tanah dan selagi pemilikan mereka
berterusan, setiap pemilik berhak ke atas pemilikan dan penikmatan tanah berkenaan.
Pemakaian beberapa peruntukan Kanun Tanah Negara telah menimbulkan beberapa
permasalahan sehingga memberi kesan ke atas hubungan sosial para pemilik. Kesan
ini akhirnya menimbulkan impikasi-implikasi lain seperti pembangunan tanah dan
pembangunan setempat terjejas serta nilai tanah yang menyusut. Memandangkan
kepunyaan tanah secara bersama merupakan perkara lazim yang diamalkan di
Semenanjung Malaysia, maka kajian ini bertujuan menganalisis undang-undang tanah
kepunyaan bersama dalam Kanun Tanah Negara 1965 berdasarkan hukum pemilikan
dalam Islam. Bagi mencapai hasrat tersebut, pengkaji telah memilih dua metode asas
kajian iaitu metode pengumpulan data dan maklumat serta metode analisis data.
Dalam pengumpulan data, metodologi yang digunapakai adalah berasaskan kajian
kepustakaan dan kajian lapangan manakala data-data yang telah diperolehi
kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metode-metode induktif, deduktif dan
komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang tanah kepunyaan
bersama secara umumnya menepati kehendak Islam kecuali beberapa aspek tertentu
yang sering menimbulkan isu dalam kalangan pemilik bersama. Pada akhir kajian ini,
penyelidik mencadangkan agar beberapa amalan pentadbiran dan peruntukan undangundang
berkaitan pemilikan bersama dikaji semula dan dilakukan penambahbaikan
berdasarkan hukum-hakam Islam bagi melindungi kepentingan semua pihak meliputi
sistem, para pemilik serta pihak berkuasa.Langkah ini diharapkan dapat
menyelesaikan beberapa masalah yang sedang dihadapi dan berkesan dalam
menghalangnya daripada berulang pada masa yang akan datang.
Description
Keywords
Kanun tanah negara , menurut Perspektif islam