Analisis Tanah Kepunyaan Bersama Dalam Kanun Tanah Negara Menurut Perspektif Islam

dc.contributor.authorTaha, Mohd Marbawi
dc.date.accessioned2018-01-08T07:19:50Z
dc.date.available2018-01-08T07:19:50Z
dc.date.issued2016-12
dc.description.abstractDalam Kanun Tanah Negara 1965, kepunyaan bersama didefinisikan sebagai pegangan tanah berimilik oleh dua atau lebih orang atau badan dalam bahagianbahagian yang tidak dipecahkan. Ia bermaksud setiap pemilik berdaftar mempunyai bahagian masing-masing pada keseluruhan tanah dan selagi pemilikan mereka berterusan, setiap pemilik berhak ke atas pemilikan dan penikmatan tanah berkenaan. Pemakaian beberapa peruntukan Kanun Tanah Negara telah menimbulkan beberapa permasalahan sehingga memberi kesan ke atas hubungan sosial para pemilik. Kesan ini akhirnya menimbulkan impikasi-implikasi lain seperti pembangunan tanah dan pembangunan setempat terjejas serta nilai tanah yang menyusut. Memandangkan kepunyaan tanah secara bersama merupakan perkara lazim yang diamalkan di Semenanjung Malaysia, maka kajian ini bertujuan menganalisis undang-undang tanah kepunyaan bersama dalam Kanun Tanah Negara 1965 berdasarkan hukum pemilikan dalam Islam. Bagi mencapai hasrat tersebut, pengkaji telah memilih dua metode asas kajian iaitu metode pengumpulan data dan maklumat serta metode analisis data. Dalam pengumpulan data, metodologi yang digunapakai adalah berasaskan kajian kepustakaan dan kajian lapangan manakala data-data yang telah diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metode-metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang tanah kepunyaan bersama secara umumnya menepati kehendak Islam kecuali beberapa aspek tertentu yang sering menimbulkan isu dalam kalangan pemilik bersama. Pada akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan agar beberapa amalan pentadbiran dan peruntukan undangundang berkaitan pemilikan bersama dikaji semula dan dilakukan penambahbaikan berdasarkan hukum-hakam Islam bagi melindungi kepentingan semua pihak meliputi sistem, para pemilik serta pihak berkuasa.Langkah ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang sedang dihadapi dan berkesan dalam menghalangnya daripada berulang pada masa yang akan datang.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5327
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKanun tanah negaraen_US
dc.subjectmenurut Perspektif islamen_US
dc.titleAnalisis Tanah Kepunyaan Bersama Dalam Kanun Tanah Negara Menurut Perspektif Islamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: