Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-05
Authors
Mohamad Shah, Affaizza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaedah pengukuran gravimetri dalam larutan berasid (HCl dan H2SO4), didapati kecekapan perencatan (IE) bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan kehadiran TB dalam larutan berasid dan garam (NaCl dan Na2SO4) memberi kesan yang lebih kepada tindak balas katod dengan plot Tafel menunjukkan penurunan ketumpatan arus pada bahagian katod keluk. Keputusan ujian polarisasi potensiodinamik dalam larutan berasid menunjukkan IE bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Manakala dalam larutan garam IE yang ditunjukkan bergantung pada kepekatan TB. Kehadiran TB menunjukkan nilai IE bagi kakisan kuprum menurun dengan peningkatan pH dalam larutan HCl. Keputusan ujian yang diperoleh daripada ujian gravimetri, polarisasi potensiodinamik dan EIS dalam larutan 0.5 M HCl dengan kehadiran TB menunjukkan trend IE yang sama. Perubahan morfologi permukaan kuprum dapat diperhatikan selepas penambahan TB ke dalam larutan berasid seperti yang ditunjukkan oleh analisis SEM. Di samping itu, prestasi perencatan yang ditunjukkan oleh TB turut dibandingkan dengan tanin komersil iaitu tanin quebracho (TQ). TB menunjukkan IE bagi kakisan kuprum yang lebih baik berbanding TQ dalam larutan berasid. Monomer TB (katecin) turut diuji sebagai perencat kakisan kuprum. Hasil kajian menunjukkan katecin berpotensi sebagai perencat kakisan kuprum. Penjerapan TB di atas permukaan kuprum dalam larutan berasid didapati sepadan dengan isoterma Langmuir, Temkin dan Fruendlich bergantung pada jenis dan kepekatan asid serta kaedah pengukuran yang dikenakan.
Description
Keywords
Perencatan kakisan kuprum oleh tanin bakau , dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia
Citation