Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia

dc.contributor.authorMohamad Shah, Affaizza
dc.date.accessioned2018-07-03T01:32:29Z
dc.date.available2018-07-03T01:32:29Z
dc.date.issued2010-05
dc.description.abstractTanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaedah pengukuran gravimetri dalam larutan berasid (HCl dan H2SO4), didapati kecekapan perencatan (IE) bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan kehadiran TB dalam larutan berasid dan garam (NaCl dan Na2SO4) memberi kesan yang lebih kepada tindak balas katod dengan plot Tafel menunjukkan penurunan ketumpatan arus pada bahagian katod keluk. Keputusan ujian polarisasi potensiodinamik dalam larutan berasid menunjukkan IE bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Manakala dalam larutan garam IE yang ditunjukkan bergantung pada kepekatan TB. Kehadiran TB menunjukkan nilai IE bagi kakisan kuprum menurun dengan peningkatan pH dalam larutan HCl. Keputusan ujian yang diperoleh daripada ujian gravimetri, polarisasi potensiodinamik dan EIS dalam larutan 0.5 M HCl dengan kehadiran TB menunjukkan trend IE yang sama. Perubahan morfologi permukaan kuprum dapat diperhatikan selepas penambahan TB ke dalam larutan berasid seperti yang ditunjukkan oleh analisis SEM. Di samping itu, prestasi perencatan yang ditunjukkan oleh TB turut dibandingkan dengan tanin komersil iaitu tanin quebracho (TQ). TB menunjukkan IE bagi kakisan kuprum yang lebih baik berbanding TQ dalam larutan berasid. Monomer TB (katecin) turut diuji sebagai perencat kakisan kuprum. Hasil kajian menunjukkan katecin berpotensi sebagai perencat kakisan kuprum. Penjerapan TB di atas permukaan kuprum dalam larutan berasid didapati sepadan dengan isoterma Langmuir, Temkin dan Fruendlich bergantung pada jenis dan kepekatan asid serta kaedah pengukuran yang dikenakan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5843
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPerencatan kakisan kuprum oleh tanin bakauen_US
dc.subjectdalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimiaen_US
dc.titlePerencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: