Penyesuaian Peribadi, Pekerjaan (Bukan Teknikal) Dan Keluarga Eksekutif Ekspatriat Malaysia Yang Bekerja Dengan Syarikat Pembinaan Malaysia Di Negara Tamu

dc.contributor.authorZainol, Halmi
dc.date.accessioned2019-06-19T06:36:25Z
dc.date.available2019-06-19T06:36:25Z
dc.date.issued2012-06
dc.description.abstractBeberapa syarikat pembinaan Malaysia sedang aktif di luar negara. Lazimnya, syarikat ini menghantar pekerja rakyat Malaysia ke sana untuk melaksanakan projek. Penyelidikan lampau telah menunjukkan kesukaran penyesuaian oleh ekspatriat bagi menghadapi suasana baru di negara tamu merupakan aspek utama yang mendorong kepada kegagalan dalam melaksanakan tugasan. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh penyesuaian eksekutif ekspatriat ke atas tugasan di negara tamu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor pengaruh penyesuaian berkaitan peribadi, pekerjaan (bukan teknikal) dan keluarga; serta keperluan persediaan latihan sebelum keberangkatan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pengurus sumber manusia dan eksekutif ekspatriat Malaysia. Lima puluh tiga pengurus sumber manusia dan 64 eksekutif ekspatriat Malaysia dari syarikat pembinaan Malaysia di luar negara terlibat dalam penyelidikan ini. Analisis faktor telah mengurangkan 31 item kepada 26 item yang berkisar tiga dimensi, iaitu penyesuaian peribadi, pekerjaan (bukan teknikal) dan keluarga. Dua puluh enam item tersebut telah membentuk lapan faktor yang mempengaruhi penyesuaian ekspatriat, iaitu penyesuaian interaksi, umum, suasana persekitaran, suasana pekerjaan, kepuasan tugasan, ganjaran, suasana kehidupan dan adaptasi sosial. Penemuan menunjukkan di antara aspek persediaan latihan untuk ekspatriat dan keluarga adalah orientasi mengenai budaya, latihan sensitiviti, perhubungan sosial dan suasana pekerjaan diperlukan untuk menghadapi suasana persekitaran yang berbeza. Persediaan latihan oleh syarikat atau pihak konsultan yang dilantik bagi ekspatriat dan keluarga adalah satu langkah yang baik sebelum mereka berangkat ke negara tamu.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8329
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenyesuaian peribadi, pekerjaandan keluarga eksekutif ekspatriat malaysiaen_US
dc.subjectyang bekerja dengan syarikat pembinaan malaysia di negara tamuen_US
dc.titlePenyesuaian Peribadi, Pekerjaan (Bukan Teknikal) Dan Keluarga Eksekutif Ekspatriat Malaysia Yang Bekerja Dengan Syarikat Pembinaan Malaysia Di Negara Tamuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: