Ketokohan Ali Hasjmy Dalam Bidang Pendidikan Dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam Di Aceh
Loading...
Date
2016-02
Authors
Jailani, Mulyadi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sebelum Ali Hasjmy bertugas sebagai Gabenor Aceh pada tahun 1957, Aceh telah
mengalami pergolakan politik sehingga menyebabkan ketidakstabilan hidup masyarakatnya.
Situasi ini memberi kesan negatif terhadap pembangunan daerah dan menyebabkan kemunduran
dalam sistem pendidikan Islam dan kemudahan asas daerah Aceh. Pada masa tersebut, jumlah
Lembaga pendidikan Islam di Aceh tidak mencukupi. Namun setelah Ali Hasjmy dilantik
menjadi Gabenor Aceh, beliau telah berusaha melakukan pembaharuan dalam bidang pendidikan
dan mengangkan martabat Lembaga Pendidikan Islam. Pemikiran beliau terhadap sistem
pendidikan Islam telah mendapat sokongan yang baik dari kalangan masyarakat Aceh sendiri
mahupun dari pihak pemerintah Indonesia. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji
sumbangannya terhadap pembangunan Lembaga Pendidikan Islam di Aceh. Metodologi kajian
ini terdiri daripada gabungan kaedah kajian kepustakaan dan lapangan. Sejumlah karya Ali
Hasjmy yang mengandungi misi beliau dalam mengembangkan Lembaga Pendidikan Islam di
Aceh telah diteliti. Kajian mendapati bahawa Ali Hasjmy telah mencetuskan inspirasi kepada
generasi seterusnya untuk lebih mengutamakan pendidikan Islam. Beliau menyarankan agar
Lembaga Pendidikan Islam perlu memastikan keseimbangan antara ilmu pengetahuan moden.
Antara sumbangan terpenting beliau ialah menubuhkan sebuah Kota Pelajar dan Mahasiswa
(KOPELMA) yang di dalamnya mengandungi beberapa institusi seperti Universiti Syiahkuala,
IAIN Jamiah Ar-Raniry dan Dayah Tinggi yang saling lengkap melengkapi khususnya dalam
membantu pemerintah tempatan mengembangkan pembangunan pendidikan Islam.
Description
Keywords
Sistem pendidikan Islam