Ketokohan Ali Hasjmy Dalam Bidang Pendidikan Dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam Di Aceh

dc.contributor.authorJailani, Mulyadi
dc.date.accessioned2017-02-01T01:24:05Z
dc.date.available2017-02-01T01:24:05Z
dc.date.issued2016-02
dc.description.abstractSebelum Ali Hasjmy bertugas sebagai Gabenor Aceh pada tahun 1957, Aceh telah mengalami pergolakan politik sehingga menyebabkan ketidakstabilan hidup masyarakatnya. Situasi ini memberi kesan negatif terhadap pembangunan daerah dan menyebabkan kemunduran dalam sistem pendidikan Islam dan kemudahan asas daerah Aceh. Pada masa tersebut, jumlah Lembaga pendidikan Islam di Aceh tidak mencukupi. Namun setelah Ali Hasjmy dilantik menjadi Gabenor Aceh, beliau telah berusaha melakukan pembaharuan dalam bidang pendidikan dan mengangkan martabat Lembaga Pendidikan Islam. Pemikiran beliau terhadap sistem pendidikan Islam telah mendapat sokongan yang baik dari kalangan masyarakat Aceh sendiri mahupun dari pihak pemerintah Indonesia. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji sumbangannya terhadap pembangunan Lembaga Pendidikan Islam di Aceh. Metodologi kajian ini terdiri daripada gabungan kaedah kajian kepustakaan dan lapangan. Sejumlah karya Ali Hasjmy yang mengandungi misi beliau dalam mengembangkan Lembaga Pendidikan Islam di Aceh telah diteliti. Kajian mendapati bahawa Ali Hasjmy telah mencetuskan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk lebih mengutamakan pendidikan Islam. Beliau menyarankan agar Lembaga Pendidikan Islam perlu memastikan keseimbangan antara ilmu pengetahuan moden. Antara sumbangan terpenting beliau ialah menubuhkan sebuah Kota Pelajar dan Mahasiswa (KOPELMA) yang di dalamnya mengandungi beberapa institusi seperti Universiti Syiahkuala, IAIN Jamiah Ar-Raniry dan Dayah Tinggi yang saling lengkap melengkapi khususnya dalam membantu pemerintah tempatan mengembangkan pembangunan pendidikan Islam.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3632
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSistem pendidikan Islamen_US
dc.titleKetokohan Ali Hasjmy Dalam Bidang Pendidikan Dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam Di Acehen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: