Rekabentuk sistem agihan retikulasi dan perpaipan dalam bangunan.

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-03
Authors
Yahaya, Noor Azam Bin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Disertasi yang disediakan ini membincangkan tentang prinsip-prinsip rekabentuk sistem agihan retikulasi air dan perpaipan dalam bangunan. Selain daripada prinsip-prinsip, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Bekalan Air juga diteliti bagi memudahkan rekabentuk pengiraan bagi sistem agihan air infrastruktur dan agihan dalam bangunan dijalankan. Komponen-komponen yang terlibat dalam sistem berkaitan . bekalan air juga akan diambilkira untuk menambahkan kefahaman tentang operasi sistem terbabit. Pengiraan rekabentuk agihan retikulasi air dibuat berdasarkan kepada projek pembangunan bercampur di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengiraan rekabentuk juga mengambilkira pembangunan-pembangunan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Bagi penyelidikan sistem bekalan dan pengagihan air dalam bangunan, bangunan yang dipilih adalah merupakan bangunan perpustakaan UiTM Seri Iskandar Perak yang masih dalam peringkat pembinaan. Penelitian terhadap bangunan ini dari aspek bekalan dan pengagihan air dalam bangunan diperlukan 'untuk memahami proses rekabentuk sistem yang berkaitan dengan bekalan air. Pemerhatian juga dibuat terhadap ke~a-kerja pemasangan sistem bekalan air dalam bangunan untuk mendalami proses peringkat pembinaan yang boleh mempengaruhi keberkesanannya. Ia juga bagi memantapkan kefahaman tentang bagaimana sistem tersebut berfungsi serta mengenalpasti masalahmasalah yang sering timbul dalam sistem bekalan air dan kaedah mengatasinya.
Description
Keywords
Sistem agihan retikulasi , Perpaipan dalam bangunan
Citation