Rekabentuk sistem agihan retikulasi dan perpaipan dalam bangunan.

dc.contributor.authorYahaya, Noor Azam Bin
dc.date.accessioned2015-09-23T04:59:12Z
dc.date.available2015-09-23T04:59:12Z
dc.date.issued2002-03
dc.description.abstractDisertasi yang disediakan ini membincangkan tentang prinsip-prinsip rekabentuk sistem agihan retikulasi air dan perpaipan dalam bangunan. Selain daripada prinsip-prinsip, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Bekalan Air juga diteliti bagi memudahkan rekabentuk pengiraan bagi sistem agihan air infrastruktur dan agihan dalam bangunan dijalankan. Komponen-komponen yang terlibat dalam sistem berkaitan . bekalan air juga akan diambilkira untuk menambahkan kefahaman tentang operasi sistem terbabit. Pengiraan rekabentuk agihan retikulasi air dibuat berdasarkan kepada projek pembangunan bercampur di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengiraan rekabentuk juga mengambilkira pembangunan-pembangunan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Bagi penyelidikan sistem bekalan dan pengagihan air dalam bangunan, bangunan yang dipilih adalah merupakan bangunan perpustakaan UiTM Seri Iskandar Perak yang masih dalam peringkat pembinaan. Penelitian terhadap bangunan ini dari aspek bekalan dan pengagihan air dalam bangunan diperlukan 'untuk memahami proses rekabentuk sistem yang berkaitan dengan bekalan air. Pemerhatian juga dibuat terhadap ke~a-kerja pemasangan sistem bekalan air dalam bangunan untuk mendalami proses peringkat pembinaan yang boleh mempengaruhi keberkesanannya. Ia juga bagi memantapkan kefahaman tentang bagaimana sistem tersebut berfungsi serta mengenalpasti masalahmasalah yang sering timbul dalam sistem bekalan air dan kaedah mengatasinya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1222
dc.language.isootheren_US
dc.subjectSistem agihan retikulasien_US
dc.subjectPerpaipan dalam bangunanen_US
dc.titleRekabentuk sistem agihan retikulasi dan perpaipan dalam bangunan.en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: