Sokongan pihak berkuasa terhadap pertumbuhan penjaja dalam kompleks gerai : kajian kes di Pulau Pinang
Loading...
Date
2001-03
Authors
Khoo, Suet Leng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Di negara membangun seperti Malaysia, penjaja wujud di mana-mana sahaja.
Tergolong dalarn sektor tidak formal, para penjaja mempunyai ciri-ciri tertentu untuk
membezakan mereka daripada anggota sektor formal yang lain. Setakat ini, sektor tidak
formal ini kerap-kalinya diabaikan begitu sahaja dalam pelbagai aspek dan perkara ini
mengakibatkan data dan maklumat yang begitu terhad tentang sektor ini. Bayangkan
suatu hari nanti apabila para penjaja hilang begitu sahaja dari senario bandar. Maka,
sudah pastinya kita kehilangan suatu saluran pengedaran yang utama di mana barang
boleh diperolehi dengan murah dan mudahnya. Di sini, fokus kajian adalah terhadap
sejauhrnana sokongan ataupun bantuan Pihak Berkuasa Kerajaan dapat menyumbang
terhadap pertumbuhan dan kemajuan para penjaja makanan dalam Kompleks Gerai di
Pulau Pinang. Perkara ini adalah penting untuk mengetahui halatuju dan peranan para
penjaja pada masa depan. Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti
apa-apa masalah yang dihadapi oleh penjaja serta dikemukakan cadangan bemas yang
diharap dapat mengatasi masalah tersebut. Dengan khazanah yang begitu terhad sekali
tentang sektor tidak formal, diharapkan kajian ini beijaya meyumbang dan menjadi
perintis kepada kajian-kajian akan datang. Walaupun suatu komponen yang agak kecil
dalam kefungsian ekonomi bandar, peranan dan sumbangan sektor ini harus
dititikberatkan untuk memastikan kesinambungan dan pertumbuhan sektor ini pada
masa-masa yang akan datang.
Description
Keywords
Penjaja makanan