Sokongan pihak berkuasa terhadap pertumbuhan penjaja dalam kompleks gerai : kajian kes di Pulau Pinang
dc.contributor.author | Khoo, Suet Leng | |
dc.date.accessioned | 2017-07-11T09:21:46Z | |
dc.date.available | 2017-07-11T09:21:46Z | |
dc.date.issued | 2001-03 | |
dc.description.abstract | Di negara membangun seperti Malaysia, penjaja wujud di mana-mana sahaja. Tergolong dalarn sektor tidak formal, para penjaja mempunyai ciri-ciri tertentu untuk membezakan mereka daripada anggota sektor formal yang lain. Setakat ini, sektor tidak formal ini kerap-kalinya diabaikan begitu sahaja dalam pelbagai aspek dan perkara ini mengakibatkan data dan maklumat yang begitu terhad tentang sektor ini. Bayangkan suatu hari nanti apabila para penjaja hilang begitu sahaja dari senario bandar. Maka, sudah pastinya kita kehilangan suatu saluran pengedaran yang utama di mana barang boleh diperolehi dengan murah dan mudahnya. Di sini, fokus kajian adalah terhadap sejauhrnana sokongan ataupun bantuan Pihak Berkuasa Kerajaan dapat menyumbang terhadap pertumbuhan dan kemajuan para penjaja makanan dalam Kompleks Gerai di Pulau Pinang. Perkara ini adalah penting untuk mengetahui halatuju dan peranan para penjaja pada masa depan. Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti apa-apa masalah yang dihadapi oleh penjaja serta dikemukakan cadangan bemas yang diharap dapat mengatasi masalah tersebut. Dengan khazanah yang begitu terhad sekali tentang sektor tidak formal, diharapkan kajian ini beijaya meyumbang dan menjadi perintis kepada kajian-kajian akan datang. Walaupun suatu komponen yang agak kecil dalam kefungsian ekonomi bandar, peranan dan sumbangan sektor ini harus dititikberatkan untuk memastikan kesinambungan dan pertumbuhan sektor ini pada masa-masa yang akan datang. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4156 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Penjaja makanan | en_US |
dc.title | Sokongan pihak berkuasa terhadap pertumbuhan penjaja dalam kompleks gerai : kajian kes di Pulau Pinang | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: