Peranan dan amalan perhubungan awam di Malaysia : satu kajian kes terhadap pegawai perhubungan awam kerajaan

dc.contributor.authorMuthan, Periasamy
dc.date.accessioned2017-08-02T00:59:27Z
dc.date.available2017-08-02T00:59:27Z
dc.date.issued2007-03
dc.description.abstractKajian ini adalah merupakan satu kes terhadap peranan dan amalan pegawai perhubungan awam kerajaan di Malaysia. Kajian ini dijalankan berpandukan tipologi peranan atau role typology dan model perhubungan awam. Seramai 48 orang pegawai perhubungan awam telah di pilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah sampel rawak bebas. Metod soal selidik dan temubual telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Data di analisis menggunakan sistem SPSS. Hasil kajian menunjukkan tipologi peranan 'pemudah cara komunikasi' ataupun model craft, yang meliputi model 'perantara akhbar/publisiti' dan 'informasi publik' menonjol sebagai peranan dan amalan dominan di kalangan pegawai perhubungan awam kerajaan. Namun, kajian ini menunjukkan bahawa pegawai perhubungan awam kerajaan tidak terikat dengan sesuatu tipologi peranan atau model tertentu malah memain~kan pelbagai p.~ranan dan mengamal pelbagai model perhubungan awam dalam mencapai matlamat organisasi kerajaan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pegawai perhubungan awam kerajaan belum mencapai kecekapan untuk mengamal model two-way symmetrical malah menghadapi pelbagai masalah sosial dan teknikal dalam menerap dan melaksanakan model profesional tersebut. Model personal influence didapati kurang ketara di kalangan pegawai perhubungan awam kerajaan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4285
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemudah cara komunikasien_US
dc.titlePeranan dan amalan perhubungan awam di Malaysia : satu kajian kes terhadap pegawai perhubungan awam kerajaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: