Perkembangan kesihatan buruh India di estet-estet di negeri Kedah, 1910-1945
Loading...
Date
2008-06
Authors
Sathivel, Vanaja
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau perkembangan kesihatan buruh India di estet di
negeri Kedah antara tahun 1910-1945. Hasil kajian menunjukkan bahawa pennasalahan
kesihatan buruh India di estet berpunca daripada sistem pengeluaran kapitalis yang
berorientasikan keuntungan maksima. Untuk mencapai matlamat itu buruh India yang
murah dari India Selatan telah dimanipulasi dengan bayaran upah yang rendah. Keadaan
ini telah memiskinkan golongan buruh tersebut. Dalam hal ini, pengenalan Sistem
Kangany serta amalan minum todi di kalangan buruh India di estet telah memburukk:an
lagi keadaan kemiskinan di estet.
Permasalahan kemiskinan ini telah menyukarkan perjuangan kehidupan buruh India
di estet sehingga keperluan asas seperti makanan seimbang tidak dapat dipenuhi. Masalah
malnutrisi di kalangan penduduk estet kemudiannya telah membuka ruang kepada
permasalahan kesihatan di estet dan seterusnya mempengaruhi kadar kematian buruh,
wanita dan kanak-kanak di estet. Di sini, pennasalahan buruh seperti keadaan fizikal yang
lemah semasa ketibaan, sistem perumahan yang sesak, tahap sanitasi yang rendah dan
perkhidmatan perubatan yang serba kekurangan turut berperanan dalam mempengaruhi
kadar kematian di estet.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa sungguhpun kerajaan kolonial memainkan
peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan di estet, namun dalam kebanyakan keadaan
pihak majikan lebih mengharapkan kerajaan untuk menguruskan pennasalahan kesihatan
huruh di estet.
Description
Keywords
Kesihatan buruh India di estet di negeri Kedah