Perkembangan kesihatan buruh India di estet-estet di negeri Kedah, 1910-1945

dc.contributor.authorSathivel, Vanaja
dc.date.accessioned2017-09-12T02:01:26Z
dc.date.available2017-09-12T02:01:26Z
dc.date.issued2008-06
dc.description.abstractKajian ini bertujuan meninjau perkembangan kesihatan buruh India di estet di negeri Kedah antara tahun 1910-1945. Hasil kajian menunjukkan bahawa pennasalahan kesihatan buruh India di estet berpunca daripada sistem pengeluaran kapitalis yang berorientasikan keuntungan maksima. Untuk mencapai matlamat itu buruh India yang murah dari India Selatan telah dimanipulasi dengan bayaran upah yang rendah. Keadaan ini telah memiskinkan golongan buruh tersebut. Dalam hal ini, pengenalan Sistem Kangany serta amalan minum todi di kalangan buruh India di estet telah memburukk:an lagi keadaan kemiskinan di estet. Permasalahan kemiskinan ini telah menyukarkan perjuangan kehidupan buruh India di estet sehingga keperluan asas seperti makanan seimbang tidak dapat dipenuhi. Masalah malnutrisi di kalangan penduduk estet kemudiannya telah membuka ruang kepada permasalahan kesihatan di estet dan seterusnya mempengaruhi kadar kematian buruh, wanita dan kanak-kanak di estet. Di sini, pennasalahan buruh seperti keadaan fizikal yang lemah semasa ketibaan, sistem perumahan yang sesak, tahap sanitasi yang rendah dan perkhidmatan perubatan yang serba kekurangan turut berperanan dalam mempengaruhi kadar kematian di estet. Kajian ini juga menunjukkan bahawa sungguhpun kerajaan kolonial memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan di estet, namun dalam kebanyakan keadaan pihak majikan lebih mengharapkan kerajaan untuk menguruskan pennasalahan kesihatan huruh di estet.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4596
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesihatan buruh India di estet di negeri Kedahen_US
dc.titlePerkembangan kesihatan buruh India di estet-estet di negeri Kedah, 1910-1945en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: