Secondary School English Language Teachers’ Professional Development Needs, Expectations And Practices In Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-01
Authors
Veratharaju, Kasthuri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Keperluan pembangunan profesional yang tidak memuaskan, jangkaan yang tidak ditepati dan amalan pembangunan profesional yang tidak mencukupi menjadi halangan kepada guru Bahasa Inggeris (BI) untuk ikut serta dan berjaya dalam pembangunan profesional BI (2007-2009). Justeru, kajian ini mengenalpasti keperluan, jangkaan dan amalan pembangunan profesional dalam kalangan guru BI sekolah menengah, di samping mengenalpasti perbezaan di antara gender guru BI dan pembangunan profesional. Kajian ini merupakan suatu kajian deskriptif yang menggunakan soal selidik tadbir–diri (n = 915). Soal selidik, temubual secara bersemuka, dan laporan pembangunan profesional BI digunakan untuk mengumpul data kajian. Dapatan menunjukkan bahawa item keperluan pembangunan profesional adalah berdasarkan keperluan pelajar dan guru; jangkaan pembangunan profesional pula menyumbang terhadap pembelajaran pelajar, di samping saranan pembangunan profesional BI yang bermakna adalah item penting untuk merancang, mengelola dan membangunkan pembangunan profesional BI yang berkesan
Description
Keywords
Secondary School English Language Teachers’ Professional Development Needs , Expectations And Practices In Malaysia
Citation