Ketersampaian Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem: Satu Kajian Filem Mukhsin (2007) Dan Talentime (2009)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-11
Authors
Chong, Felicia Onn Yee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana nilai murni dalam dialog bahasa Melayu yang dipetik daripada filem Mukhsin (2007) dan Talentime (2009) dapat dikekalkan setelah dialihkan ke dalam bahasa Inggeris melalui sari kata. Kerangka teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini termasuk yang dikemukakan oleh (i) Van Dijk (2001) dan Fairclough (1995) bagi analisis dialog, (ii) Fishman (1972) bagi pengenalpastian adegan nilai murni, (iii) Newmark (1988) bagi analisis terjemahan unsur verbal nilai murni, dan (iv) konsep Gambier (2009) bagi analisis ketersampaian nilai murni dalam sari kata. Tiga prosedur terjemahan yang digunakan sebagai pengukur ketersampaian nilai murni kajian ini ialah prosedur (i) pengembangan dan pengecilan, (ii) modulasi serta (iii) padanan fungsian yang masing-masing melihat aspek relevan, kebolehterimaan dan strategi penyetempatan dalam sari kata yang terpilih. Dapatan kajian mendapati, kebanyakan unit terjemahan dalam dialog yang dikenal pasti menggambarkan nilai murni telah dilakukan penyempitan maklumat, diikuti dengan pengubahan pandangan dan penghuraian maklumat.
Description
Keywords
Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem , Kajian Filem , Mukhsin (2007) , Talentime (2009)
Citation