Ketersampaian Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem: Satu Kajian Filem Mukhsin (2007) Dan Talentime (2009)

dc.contributor.authorChong, Felicia Onn Yee
dc.date.accessioned2021-01-22T02:05:17Z
dc.date.available2021-01-22T02:05:17Z
dc.date.issued2017-11
dc.description.abstractKajian ini bertujuan melihat sejauh mana nilai murni dalam dialog bahasa Melayu yang dipetik daripada filem Mukhsin (2007) dan Talentime (2009) dapat dikekalkan setelah dialihkan ke dalam bahasa Inggeris melalui sari kata. Kerangka teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini termasuk yang dikemukakan oleh (i) Van Dijk (2001) dan Fairclough (1995) bagi analisis dialog, (ii) Fishman (1972) bagi pengenalpastian adegan nilai murni, (iii) Newmark (1988) bagi analisis terjemahan unsur verbal nilai murni, dan (iv) konsep Gambier (2009) bagi analisis ketersampaian nilai murni dalam sari kata. Tiga prosedur terjemahan yang digunakan sebagai pengukur ketersampaian nilai murni kajian ini ialah prosedur (i) pengembangan dan pengecilan, (ii) modulasi serta (iii) padanan fungsian yang masing-masing melihat aspek relevan, kebolehterimaan dan strategi penyetempatan dalam sari kata yang terpilih. Dapatan kajian mendapati, kebanyakan unit terjemahan dalam dialog yang dikenal pasti menggambarkan nilai murni telah dilakukan penyempitan maklumat, diikuti dengan pengubahan pandangan dan penghuraian maklumat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10944
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectNilai Murni Dalam Penyarikataan Filemen_US
dc.subjectKajian Filemen_US
dc.subjectMukhsin (2007)en_US
dc.subjectTalentime (2009)en_US
dc.titleKetersampaian Nilai Murni Dalam Penyarikataan Filem: Satu Kajian Filem Mukhsin (2007) Dan Talentime (2009)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: