Komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan 01 ICU, HUSM
Loading...
Date
2005
Authors
Eng, Komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan 01 ICU, HUSM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
PENDAHULUAN: Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik dan komplek.
Komunikasi memainkan peranan penting di dalam bidang kesihatan untuk menjalinkan
perhubungan terapeutik dengan pesakit dan memberi sokongan emosi serta maklumat
kepada pesakit. Pesakit memerlukkan maklumat tentang keadaan penyakit, fizikal,
prognosis dan tatacara yang akan dilakukan kepada mereka. Di ICU komunikasi verbal
perlu diberi keutamaan kerana pesakit yang menggunakan bantuan ventilasi masih boleh
mendengar walaupun mereka tidak sedar diri akibat dilumpuhkan atau disedasikan.
OBJEKTIF: Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur tempoh masa dan
mengenalpasti kandungan komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat semasa
memberi jagarawatan kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan di ICU.
METODOLOGI: Kajian deskriptif ini telah dijalankan terhadap 20 orang jururawat di
ICU HUSM yang dipilih secara rawak bersistematik. Rakaman selama dua jam telah
dilakukan untuk mengetahui kandungan komunikasi jururawat dengan pesakit.
Kandungan komunikasi ditranskripsikan secara verbatim. Data demografi jururawat
diperolehi selepas selesai rakaman dilakukan melalui temubual dengan jururawat ataurekod peribadi jururawat. Data-data yang diperolehi direkodkan ke dalam senarai
semakan.
KEPUTUSAN: Hasil daripada kajian ini, didapati 7 orang (35%) jururawat tidak
berkomunikasi Iangsung semasa memberi jagarawatan kepada pesakit. Jururawat yang
berkomunikasi dalam tempoh masa 1-180 saat terdiri daripada 13 orang (65%)
bersamaan dengan min 29.15. Kandungan komunikasi jururawat dengan pesakit adalah
untuk memaklumkan pesakit, memberi orientasi, memberi arahan, memberi sokongan
emosi, pertanyaan dan perbualan sosial.
KESIMPULAN: Kajian ini menunjukkan bahawa jururawat kurang berkomunikasi
dengan pesakit. Pesakit yang mendapat maklumat yang cukup boleh mengurangkan
kesan psikologi seperti stres, ketakutan dan keresahan selepas keluar dari ICU. Jururawat
memainkan peranan penting untuk memberi maklumat berkaitan kesihatan semasa,
tatacara dan orientasi kepada pesakit. Penerangan yang efektif juga boleh membantu
pesakit ke arah penyembuhan penyakit.
Description
Keywords
Communication