Komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan 01 ICU, HUSM
dc.contributor.author | Eng, Komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan 01 ICU, HUSM | |
dc.date.accessioned | 2020-09-13T01:47:30Z | |
dc.date.available | 2020-09-13T01:47:30Z | |
dc.date.issued | 2005 | |
dc.description.abstract | PENDAHULUAN: Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik dan komplek. Komunikasi memainkan peranan penting di dalam bidang kesihatan untuk menjalinkan perhubungan terapeutik dengan pesakit dan memberi sokongan emosi serta maklumat kepada pesakit. Pesakit memerlukkan maklumat tentang keadaan penyakit, fizikal, prognosis dan tatacara yang akan dilakukan kepada mereka. Di ICU komunikasi verbal perlu diberi keutamaan kerana pesakit yang menggunakan bantuan ventilasi masih boleh mendengar walaupun mereka tidak sedar diri akibat dilumpuhkan atau disedasikan. OBJEKTIF: Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur tempoh masa dan mengenalpasti kandungan komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat semasa memberi jagarawatan kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan di ICU. METODOLOGI: Kajian deskriptif ini telah dijalankan terhadap 20 orang jururawat di ICU HUSM yang dipilih secara rawak bersistematik. Rakaman selama dua jam telah dilakukan untuk mengetahui kandungan komunikasi jururawat dengan pesakit. Kandungan komunikasi ditranskripsikan secara verbatim. Data demografi jururawat diperolehi selepas selesai rakaman dilakukan melalui temubual dengan jururawat ataurekod peribadi jururawat. Data-data yang diperolehi direkodkan ke dalam senarai semakan. KEPUTUSAN: Hasil daripada kajian ini, didapati 7 orang (35%) jururawat tidak berkomunikasi Iangsung semasa memberi jagarawatan kepada pesakit. Jururawat yang berkomunikasi dalam tempoh masa 1-180 saat terdiri daripada 13 orang (65%) bersamaan dengan min 29.15. Kandungan komunikasi jururawat dengan pesakit adalah untuk memaklumkan pesakit, memberi orientasi, memberi arahan, memberi sokongan emosi, pertanyaan dan perbualan sosial. KESIMPULAN: Kajian ini menunjukkan bahawa jururawat kurang berkomunikasi dengan pesakit. Pesakit yang mendapat maklumat yang cukup boleh mengurangkan kesan psikologi seperti stres, ketakutan dan keresahan selepas keluar dari ICU. Jururawat memainkan peranan penting untuk memberi maklumat berkaitan kesihatan semasa, tatacara dan orientasi kepada pesakit. Penerangan yang efektif juga boleh membantu pesakit ke arah penyembuhan penyakit. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/10191 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Communication | en_US |
dc.title | Komunikasi verbal yang digunakan oleh jururawat kepada pesakit tidak sedar diri atau disedasikan 01 ICU, HUSM | en_US |
dc.type | Article | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: