Pembinaan Dan Pengujian Modul Aktiviti Pengayaan Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara
dc.contributor.author | Azid @ Aziz, Nurulwahida | |
dc.date.accessioned | 2019-08-27T05:05:42Z | |
dc.date.available | 2019-08-27T05:05:42Z | |
dc.date.issued | 2011-08 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai keberkesanan penggunaan dua buah modul aktiviti pengayaan terhadap profil kepelbagaian kecerdasan dan tahap kemahiran berfikir pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Aktiviti pengayaan merupakan salah satu program yang disediakan oleh MRSM bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar. Memandangkan aspek kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran berfikir memainkan peranan yang penting bagi mengenal pasti kepelbagaian bakat dan potensi pelajar, maka dua buah modul aktiviti pengayaan telah dibina dan seterusnya diimplementasikan dalam program pengayaan di MRSM. Kedua-dua modul tersebut merupakan modul Kepelbagaian Kecerdasan (KK) serta modul Kepelbagaian Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Sternberg (KK+KBS). Dua kumpulan rawatan terlibat dalam kajian ini iaitu kumpulan rawatan 1 menerima rawatan melalui modul KK dan kumpulan rawatan 2 menerima rawatan melalui modul KK+KBS. Manakala kumpulan kawalan menjalani aktiviti pengayaan secara konvensional. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca dilakukan ke atas pelajar tingkatan empat (n=87) daripada tiga buah MRSM. Keberkesanan dua buah modul dianalisis dengan menggunakan ujian pra-ujian pasca iaitu ujian Sternberg Triarchic Abilities Test (STAT) dan ujian kepelbagaian kecerdasan. Analisis kovarian pula digunakan untuk mengkaji kesan interaksi antara kepelbagaian kecerdasan (kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis) dan kemahiran berfikir (analitis, praktikal dan kreatif) terhadap ketiga-tiga kumpulan sampel kajian. Keputusan kajian ini mendapati bahawa rawatan yang menggunakan modul KK+KBS memberi kesan perbezaan yang signifikan terhadap profil lapan jenis kecerdasan serta tiga aspek kemahiran berfikir berbanding modul KK dan kaedah secara konvensional. Analisis kualitatif pula menunjukkan bahawa pandangan guru dan pelajar kumpulan rawatan adalah memberangsangkan dan mendapat sambutan yang baik dalam mengintegrasikan elemen lapan jenis kepelbagaian kecerdasan dan tiga aspek kemahiran berfikir melalui aktiviti pengayaan. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pengaplikasian kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran berfikir melalui aktiviti pengayaan menyumbang kepada peningkatan profil lapan jenis kecerdasan serta skor tiga aspek kemahiran berfikir. Sehubungan dengan itu, modul KK+KBS harus diterapkan dalam perlaksanaan aktiviti pengayaan bermodul kerana ia sentiasa memandu guru serta pelajar untuk menjalani aktiviti pengayaan secara bersistematik dengan berlandaskan objektif dan hasil pembelajaran yang digariskan dalam setiap unit modul. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8680 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Aktiviti Pengayaan | en_US |
dc.subject | Kemahiran Berfikir | en_US |
dc.title | Pembinaan Dan Pengujian Modul Aktiviti Pengayaan Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: