Usahasama Peranan Pihak-Pihak Di Dalam Menjayakannya (Perspektif Projek-Projek Pembinaan)
Loading...
Date
2001-05
Authors
Fadzil, Haslina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Idea untuk membina strategi bagi mewujudkan pengurusan yang berkesan sentiasa
difikirkan oleh pihak-pihak yang melibatkan diri secara aktif di dalam bidang
pengurusan pemiagaan termasuklah pengurusan projek pembinaan. Perkara pokok
yang sentiasa difikirkan oleh pihak-pihak tersebut ialah cara untuk mendapatkan
keuntungan yang optima dengan penggunaan modal yang paling minima. Justeru,
salah satu idea yang dirasakan berkesan iaitu melalui pembentukan usahasama. Walau
bagaimanpun, usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa peranan aktif yang
dimainkan oleh pihak-pihak terlibat berkaitan dengan hak dan tanggungjawab di dalam
menguruskan usahasama ini secara berkesan.
Melihat kepada kepentingan di atas, idea untuk mengadakan projek penyelidikan ini
telah difikirkan iaitu bagi melihat kepentingan peranan aktif tersebut. Pemfokusan
utama diberikan ke atas pengenalpastian dari segi bentuk, keaktifan, skop dan tahap
usahasama yang diamalkan. Turut ditinjau bagi tujuan melengkapkan permasalahan di
atas iaitu dari segi masalah-masalah yang dihadapi dan pendekatan yang sering
digunakan di dalam usaha menyelesaikannya.
Metodologi bagi menjayakan projek penyelidikan ini adalah melalui kajian literatur,
penggunaan borang soal selidik sebagai usaha melihat pennasalahan sebenar para
pengusaha projek, perbincangan dan temubual tidak formal dengan respondenresponden
yang terbabit. Kebanyakkan daripada responden-responden tersebut terdiri
daripada pengusaha yang berada di sekitar negeri Kedah dan yang selebihnya daripada
rakan usahasama mereka. Penglibatan oleh kedua-dua belah pihak penting
memandangkan skop projek penyelidikan adalah menjurus kepada peranan aktif yang
seharusnya melibatkan kedua belah pihak yang melaksanakan ikatan perjanjian
usahasama.
Kajian ini telah dibahagikan kepada lima bab. Bab Satu memberi penerangan
mengenai skop dan had kajian manakala Bab Dua adalah kajian ringkas teori yang
dilakukan secara literatur. Seterusnya, Bab Tiga mennyentuh kepada perkara
perbincangan hasil daripada borang soal selidik yang secara tidak langsung menjawab
kepada ketepatan yang diperolehi berdasarkan kajian literatur di dalam Bab Dua. Hasil
daripada perbandingan tersebut dibentangkan di dalam Bab Empat. Bagi tujuan
memperlengkapkan lagi projek penyelidikan ini, sebagai kesimpulan keseluruhan
perbincangan dinyatakan di dalam Bab Lima.
Description
Keywords
Mewujudkan pengurusan yang berkesan , pengurusan projek pembinaan.