Usahasama Peranan Pihak-Pihak Di Dalam Menjayakannya (Perspektif Projek-Projek Pembinaan)

dc.contributor.authorFadzil, Haslina
dc.date.accessioned2017-02-16T07:30:08Z
dc.date.available2017-02-16T07:30:08Z
dc.date.issued2001-05
dc.description.abstractIdea untuk membina strategi bagi mewujudkan pengurusan yang berkesan sentiasa difikirkan oleh pihak-pihak yang melibatkan diri secara aktif di dalam bidang pengurusan pemiagaan termasuklah pengurusan projek pembinaan. Perkara pokok yang sentiasa difikirkan oleh pihak-pihak tersebut ialah cara untuk mendapatkan keuntungan yang optima dengan penggunaan modal yang paling minima. Justeru, salah satu idea yang dirasakan berkesan iaitu melalui pembentukan usahasama. Walau bagaimanpun, usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa peranan aktif yang dimainkan oleh pihak-pihak terlibat berkaitan dengan hak dan tanggungjawab di dalam menguruskan usahasama ini secara berkesan. Melihat kepada kepentingan di atas, idea untuk mengadakan projek penyelidikan ini telah difikirkan iaitu bagi melihat kepentingan peranan aktif tersebut. Pemfokusan utama diberikan ke atas pengenalpastian dari segi bentuk, keaktifan, skop dan tahap usahasama yang diamalkan. Turut ditinjau bagi tujuan melengkapkan permasalahan di atas iaitu dari segi masalah-masalah yang dihadapi dan pendekatan yang sering digunakan di dalam usaha menyelesaikannya. Metodologi bagi menjayakan projek penyelidikan ini adalah melalui kajian literatur, penggunaan borang soal selidik sebagai usaha melihat pennasalahan sebenar para pengusaha projek, perbincangan dan temubual tidak formal dengan respondenresponden yang terbabit. Kebanyakkan daripada responden-responden tersebut terdiri daripada pengusaha yang berada di sekitar negeri Kedah dan yang selebihnya daripada rakan usahasama mereka. Penglibatan oleh kedua-dua belah pihak penting memandangkan skop projek penyelidikan adalah menjurus kepada peranan aktif yang seharusnya melibatkan kedua belah pihak yang melaksanakan ikatan perjanjian usahasama. Kajian ini telah dibahagikan kepada lima bab. Bab Satu memberi penerangan mengenai skop dan had kajian manakala Bab Dua adalah kajian ringkas teori yang dilakukan secara literatur. Seterusnya, Bab Tiga mennyentuh kepada perkara perbincangan hasil daripada borang soal selidik yang secara tidak langsung menjawab kepada ketepatan yang diperolehi berdasarkan kajian literatur di dalam Bab Dua. Hasil daripada perbandingan tersebut dibentangkan di dalam Bab Empat. Bagi tujuan memperlengkapkan lagi projek penyelidikan ini, sebagai kesimpulan keseluruhan perbincangan dinyatakan di dalam Bab Lima.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3741
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMewujudkan pengurusan yang berkesanen_US
dc.subjectpengurusan projek pembinaan.en_US
dc.titleUsahasama Peranan Pihak-Pihak Di Dalam Menjayakannya (Perspektif Projek-Projek Pembinaan)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: