Kesan Tahap Realisme Agen Pedagogi Berbeza Terhadap Pencapaian Dan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Atas Talian
Loading...
Date
2010-06
Authors
Sahimi, Saidatul Maizura
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kesan tahap realisme agen pedagogi
berbeza terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam pembelajaran atas talian.
Kajian ini melibatkan tiga tahap realisme agen pedagogi yang berbeza iaitu agen
pedagogi dengan karakter kartun, agen pedagogi dengan karakter ilustrasi dan agen
pedagogi dengan karakter realistik. Sumber terbuka Moodie Sistem Pengurusan
Pembelajaran digunakan sebagai platform penyampaian pembelajaran atas talian.
Kajian ini melibatkan matapelajaran Fizik Tingkatan 4 dengan tajuk
"Pantulan Cahaya" mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) Tingkatan 4. Sejumlah 130 pelajar Tingkatan 4 dari dua buah
sekolah di sekitar Pulau Pinang telah dipilih menjadi sampel dalam kajian ini. Setiap
pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran berbantukan agen pedagogi masing-masing berbantukan karakter
kartun, ilustrasi atau realistik.
Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan melibatkan reka
bentuk faktorial 2 (lelaki dan perempuan) X 3 (kartun, ilustrasi dan realistik).
Ia bertujuan mengkaji kesan serentak antara tahap realisme agen pedagogi dan gender
pelajar terhadap pencapaian serta motivasi pelajar. Pencapaian pelajar diukur
berdasarkan perbezaan markah pasca ujian dan pra ujian. Manakala, motivasi pelajar
pula diukur berdasarkan Inventori Motivasi Intrinsik (IMI).
Dari aspek pencapaian pelajar, keputusan kajian mendapati bahawa tiada
perbezaan secara signifikan (p>0.05) terhadap pencapaian pelajar yang didedahkan
kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan agen pedagogi karakter kartun,
ilustrasi dan realistik. Keputusan kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan secara
signifikan (p>0.05) terhadap pencapaian pelajar berbeza gender yang didedahkan
kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan agen pedagogi dengan karakter
kartun, ilustrasi dan realistik. Dari aspek motivasi pelajar pula, keputusan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan secara signifikan (p<0.05) terhadap motivasi
pelajar yang didedahkan kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan agen
pedagogi dengan karakter kartun, ilustrasi dan realistik. Namun, keputusan kajian
mendapati bahawa tiada perbezaan secara signifikan (p>0.05) terhadap motivasi pelajar
berbeza gender yang didedahkan kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan
agen pedagogi dengan karakter kartun, ilustrasi dan realistik.
Kesimpulannya,·tahap realisme agen pedagogi berbeza tidak memberi kesan dan
tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun, ia memberi kesan dan mempengaruhi motivasi pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, gender pelajar dalam kajian ini tidak memberi kesan serta
tidak mempengaruhi pencapaian dan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan agen pedagogi berbeza tahap realisme
Description
Keywords
Tahap realisme agen pedagogi berbeza , dalam pembelajaran atas talian.