Pola Integrasi Sosial : Satu Kajian Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Pulau Pinang
Loading...
Date
2015-03
Authors
RAHMAN, MOHD HANIS HADI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola integrasi sosial dalam
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan. Teori Pilihan Rasional telah
digunakan sebagai latar teori kajian. Sampel kajian terdiri daripada 158 orang
responden Tingkatan 1. Model Quan-Qual diaplikasikan untuk menjawab soalan
kajian. Kaedah kualitatif iaitu temu bual digunakan dalam mengkaji pola integrasi
sosial dalam kalangan pelajar berbeza kumpulan etnik. Kaedah kuantitatif iaitu
statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Terdapat satu pemboleh ubah
tidak bersandar yang dikaji untuk menerang dan meramal empat pemboleh ubah
bersandar. Soal selidik mengandungi perkara berkaitan dengan latar belakang pelajar,
latar belakang pendidikan ibu bapa, bahasa, prasangka, stereotaip dan pilihan.
Keputusan kajian mendapati pelajar Tingkatan 1 masih boleh berintegrasi dengan
baik dengan kelompok etnik yang berbeza. Pelajar daripada kelompok kumpulan
etnik Melayu kebanyakan mempunyai masalah integrasi dengan pelajar Cina dan
India kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Kedua, prasangka dan
stereotaip masih rendah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1. Pilihan Rasional
menunjukkan pelajar memilih perkara yang mendatangkan faedah tanpa
berprasangka terhadap pelajar lain. Berdasarkan keputusan kajian, beberapa saranan
dan cadangan berkaitan dengan pola integrasi sosial dalam kalangan pelajar berbeza
kumpulan etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free.
Description
Keywords
Pola Integrasi Sosial : Satu Kajian Kes , Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Pulau Pinang