Pola Integrasi Sosial : Satu Kajian Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Pulau Pinang

dc.contributor.authorRAHMAN, MOHD HANIS HADI
dc.date.accessioned2016-04-15T07:29:16Z
dc.date.available2016-04-15T07:29:16Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola integrasi sosial dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan. Teori Pilihan Rasional telah digunakan sebagai latar teori kajian. Sampel kajian terdiri daripada 158 orang responden Tingkatan 1. Model Quan-Qual diaplikasikan untuk menjawab soalan kajian. Kaedah kualitatif iaitu temu bual digunakan dalam mengkaji pola integrasi sosial dalam kalangan pelajar berbeza kumpulan etnik. Kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Terdapat satu pemboleh ubah tidak bersandar yang dikaji untuk menerang dan meramal empat pemboleh ubah bersandar. Soal selidik mengandungi perkara berkaitan dengan latar belakang pelajar, latar belakang pendidikan ibu bapa, bahasa, prasangka, stereotaip dan pilihan. Keputusan kajian mendapati pelajar Tingkatan 1 masih boleh berintegrasi dengan baik dengan kelompok etnik yang berbeza. Pelajar daripada kelompok kumpulan etnik Melayu kebanyakan mempunyai masalah integrasi dengan pelajar Cina dan India kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Kedua, prasangka dan stereotaip masih rendah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1. Pilihan Rasional menunjukkan pelajar memilih perkara yang mendatangkan faedah tanpa berprasangka terhadap pelajar lain. Berdasarkan keputusan kajian, beberapa saranan dan cadangan berkaitan dengan pola integrasi sosial dalam kalangan pelajar berbeza kumpulan etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1902
dc.subjectPola Integrasi Sosial : Satu Kajian Kesen_US
dc.subjectSekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Pulau Pinangen_US
dc.titlePola Integrasi Sosial : Satu Kajian Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: