Falsafah Sains Halal Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy
Loading...
Date
2020-05
Authors
Said, Shahirah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Peningkatan pasaran halal global memerlukan kemajuan penyelidikan sains
halal demi mengeluarkan produk dan perkhidmatan halal yang lebih efisien,
ekonomik serta dapat dipasarkan kepada pengguna ke seluruh dunia. Sama seperti
penyelidikan sains moden, sains halal melalui proses hipotesis dan teorinya
tersendiri. Namun, timbul beberapa isu kontemporari seperti risiko bioteknologi
tumbuhan, makanan ubah suai genetik, penyembelihan halal dengan menggunakan
kaedah stunning, penggunaan gelatin berasaskan sumber haiwan pada kapsul ubat,
lambakan produk halal yang berasaskan bahan kimia seperti penambah perisa,
kecenderungan pembuktian saintifik terhadap isu halal dan haram dalam al-Qur’an
dan sebagainya. Semuanya bertitik tolak dari aspek paling asas iaitu falsafahnya.
Oleh itu, apakah falsafah yang sepatutnya menjadi tunjang kepada sains halal?
Adakah terdapat keterbatasan aplikasi sains halal masa kini dan sejauh manakah
kepentingan pemikiran sains terhadap bidang halal? Memandangkan isu ini
melibatkan umat Islam maka falsafah sains halal berasaskan al-Qur’an dilihat
penting. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti
ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat makna halal. Kedua, menganalisis falsafah sains
halal dalam al-Qur’an secara tafsir al-mawdu‘iy; dan ketiga, membina falsafah sains
halal berdasarkan al-Qur’an. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian berbentuk
kualitatif asas telah dilakukan. Kajian ini menggunakan data sekunder dengan
merujuk pelbagai kitab tafsir muktabar, kajian dan karya terdahulu dan lain-lain lagi.
Description
Keywords
Falsafah Sains Halal , Al-Mawdu‘Iy