Falsafah Sains Halal Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy

dc.contributor.authorSaid, Shahirah
dc.date.accessioned2022-04-01T05:58:11Z
dc.date.available2022-04-01T05:58:11Z
dc.date.issued2020-05
dc.description.abstractPeningkatan pasaran halal global memerlukan kemajuan penyelidikan sains halal demi mengeluarkan produk dan perkhidmatan halal yang lebih efisien, ekonomik serta dapat dipasarkan kepada pengguna ke seluruh dunia. Sama seperti penyelidikan sains moden, sains halal melalui proses hipotesis dan teorinya tersendiri. Namun, timbul beberapa isu kontemporari seperti risiko bioteknologi tumbuhan, makanan ubah suai genetik, penyembelihan halal dengan menggunakan kaedah stunning, penggunaan gelatin berasaskan sumber haiwan pada kapsul ubat, lambakan produk halal yang berasaskan bahan kimia seperti penambah perisa, kecenderungan pembuktian saintifik terhadap isu halal dan haram dalam al-Qur’an dan sebagainya. Semuanya bertitik tolak dari aspek paling asas iaitu falsafahnya. Oleh itu, apakah falsafah yang sepatutnya menjadi tunjang kepada sains halal? Adakah terdapat keterbatasan aplikasi sains halal masa kini dan sejauh manakah kepentingan pemikiran sains terhadap bidang halal? Memandangkan isu ini melibatkan umat Islam maka falsafah sains halal berasaskan al-Qur’an dilihat penting. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat makna halal. Kedua, menganalisis falsafah sains halal dalam al-Qur’an secara tafsir al-mawdu‘iy; dan ketiga, membina falsafah sains halal berdasarkan al-Qur’an. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian berbentuk kualitatif asas telah dilakukan. Kajian ini menggunakan data sekunder dengan merujuk pelbagai kitab tafsir muktabar, kajian dan karya terdahulu dan lain-lain lagi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15015
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectFalsafah Sains Halalen_US
dc.subjectAl-Mawdu‘Iyen_US
dc.titleFalsafah Sains Halal Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iyen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: