Kajian teknik pengimejan menggunakan sumber neutron terterma
Loading...
Date
2009-01
Authors
Ashari, Nor Abidin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tomografi neutron merupakan salah satu kaedah ujian tanpa musnah yang semakin
mendapat perhatian di seluruh dunia kerana kemampuannya untuk mengesan
kandungan hidrogen dalam peralatan industri, dan pengimejan sampel yang besar. Pada
masa sekarang, tomografi neutron digunakan secara meluas untuk memeriksa bahanbahan
yang gagal diimej menggunakan kaedah-kaedah tomografi yang lain seperti
tomografi sinar-x dan tomografi sinar-gamma. Dengan adanya kemudahan reaktor
penyelidikan di Malaysia, sistem tomografi neutron yang pertama di negara ini telah
dibangunkan, menggunakan sumber neutron monokromat dengan panjang gelombang
0.5 nm daripada kemudahan Neutron Terserak Bersudut Kecil (SANS). Kemampuan
sistem dikaji untuk mengetahui masa dedahan, bilangan sampel per unjuran, jumlah
unjuran dan algoritma pembinaan semula imej yang terbaik. Imej bina semula yang
diperolehi kemudiannya dikaji berdasarkan nisbah isyarat-hingar (SNR) dan resolusi
ruang. Daripada eksperimen-eksperimen yang dilakukan, didapati masa dedahan yang
terbaik ialah 60 saat, bilangan sampel per unjuran terbaik ialah 200 dan jumlah unjuran
terbaik ialah 200 unjuran. Resolusi ruang untuk sistem yang dibangunkan pula adalah 2
mm. Algoritma unjuran balik bertapis (FBP) didapati menghasilkan nilai SNR tertinggi
untuk imej yang dibina semula manakala algoritma unjuran balik terkonvolusi (eBP)
pula mampu menges an resolusi ruang imej sehingga 2 mm dengan ralat yang terkecil.
Menggunakan parameter-parameter terbaik yang diperolehi, sistem yang dibangunkan
telah berjaya diaplikasikan ke atas dua bahan industri, iaitu sel bateri dan palam
pencucuh, bagi pengimejan keadaan dalaman objek.
Description
Keywords
Tomografi neutron merupakan salah satu kaedah ujian , kerana kemampuannya untuk mengesan kandungan hidrogen dalam peralatan industri