Kajian teknik pengimejan menggunakan sumber neutron terterma
dc.contributor.author | Ashari, Nor Abidin | |
dc.date.accessioned | 2016-11-14T01:16:08Z | |
dc.date.available | 2016-11-14T01:16:08Z | |
dc.date.issued | 2009-01 | |
dc.description.abstract | Tomografi neutron merupakan salah satu kaedah ujian tanpa musnah yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia kerana kemampuannya untuk mengesan kandungan hidrogen dalam peralatan industri, dan pengimejan sampel yang besar. Pada masa sekarang, tomografi neutron digunakan secara meluas untuk memeriksa bahanbahan yang gagal diimej menggunakan kaedah-kaedah tomografi yang lain seperti tomografi sinar-x dan tomografi sinar-gamma. Dengan adanya kemudahan reaktor penyelidikan di Malaysia, sistem tomografi neutron yang pertama di negara ini telah dibangunkan, menggunakan sumber neutron monokromat dengan panjang gelombang 0.5 nm daripada kemudahan Neutron Terserak Bersudut Kecil (SANS). Kemampuan sistem dikaji untuk mengetahui masa dedahan, bilangan sampel per unjuran, jumlah unjuran dan algoritma pembinaan semula imej yang terbaik. Imej bina semula yang diperolehi kemudiannya dikaji berdasarkan nisbah isyarat-hingar (SNR) dan resolusi ruang. Daripada eksperimen-eksperimen yang dilakukan, didapati masa dedahan yang terbaik ialah 60 saat, bilangan sampel per unjuran terbaik ialah 200 dan jumlah unjuran terbaik ialah 200 unjuran. Resolusi ruang untuk sistem yang dibangunkan pula adalah 2 mm. Algoritma unjuran balik bertapis (FBP) didapati menghasilkan nilai SNR tertinggi untuk imej yang dibina semula manakala algoritma unjuran balik terkonvolusi (eBP) pula mampu menges an resolusi ruang imej sehingga 2 mm dengan ralat yang terkecil. Menggunakan parameter-parameter terbaik yang diperolehi, sistem yang dibangunkan telah berjaya diaplikasikan ke atas dua bahan industri, iaitu sel bateri dan palam pencucuh, bagi pengimejan keadaan dalaman objek. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3059 | |
dc.subject | Tomografi neutron merupakan salah satu kaedah ujian | en_US |
dc.subject | kerana kemampuannya untuk mengesan kandungan hidrogen dalam peralatan industri | en_US |
dc.title | Kajian teknik pengimejan menggunakan sumber neutron terterma | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: