Joget Gamelan : A Study Of Its Contemporary Practice
Loading...
Date
1979-10
Authors
D'Cruz, Marion Francena
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian asas untuk tesis ini telah dijalankan di Pahang,
Trengganu, Kuala Lumpur, Riau, Jawa dan Sumatera. Bentuk Joget
Gamelan yang dipersembahkan masakini adalah berpunca dari lingkongan
istana dan merupakan tarian perempuan yang halus dan 'sophisticated'.
Musik untuk tarian ini adalah dari orkes gamelan yang digelar Gamelan
Melayu kerana mempunyai ciri-ciri yang memperbezakannya dari jenisjenis
gamelan lain. Kajian sejarah Joget Gamelan menunjukkan bahawa
ia mempunyai hubungan rapat dengan Indonesia melalui Riau dan
kerajaan-kerajaan kecil Jawa tengah. Joget Gamelan telah diamalkan
di Istana Pahang antara 1811 dan 1914 dan di Istana Trengganu antara
1914 dan 1942. Tahun 1942 menandakan penamatan amalan rasnn Joget
Gamelan Istana di Trengganu. Joget Gamelan dihidupkan semula dalam
tahun 1969 dan dipersembahkan untuk kali pertama di luar Istana. Ia
berterusan hari ini dan dipersembahkan masakini oleh empat kumpulan
tarian.
Joget Gamelan mengekalkan beberapa sifat-sifat keistanaannya
dan ini telah menempatinya sebagai sebuah tarian kelasik. Terdapat
beberapa ciri-ciri dasar dalam tarian ini. Gerak-geri lengan dan
tangan adalah penting dan menunjukkan corak-corak yang tertentu,
manakala kaki membawa penari dari setempat ke tempat lain melalui
langkah yang kecil dan tepat. Kawalan rapi tubuh dan pinggang
menghaluskan tarian Joget Gamelan. Sebuah tarian J~~t Gamelan
mengandungi beberapa gerak-geri yang membentuk 'phrase'. Tiap-tiap
'phrase' ini diulangi supaya membentuk satu rangkaian gerakan dan
tiap-tiap sesuatu rangkaian diatur dan membina beberapa corak-corak
lantai.
Alat musik, skail, struktur musik dan gaya Gamelan Melayu
adalah istimewa kepada Joget Gamelan. Orkes gamelan terdiri dari
tiga buah 'xylophone', dua set gong 'chime', dua buah gong besar yang
tergantung dan sebuah gendang. Skailnya mengandungi lima nada. Enam
struktur formal yang mengasaskan kesemua musik Joget Gamelan berpandu
kepada teori gongan. Antara alat-alat musik, sebilangan alat merupakan
penanda masa manakala yang lain memainkan'melody'. Gendang menyediakan
rentak kepada musik ini.
Satu daripada fenomena yang menarik mengenai Joget Gamelan
ialah kombinasi rapat antara tarian dan musik. Ciri-ciri asasi keduadua
bahagian tarian dan musik mencapai satu perhubungan harmoni yang
rapat. Ini adalah nyata di semua tarian-tarian Joget Gamelan.
Pakaian untuk Joget Gamelan mencerminkan asal-usulnya di
Istana. Pakaian terdiri daripada sehelai sarung, baju berlengan atau
baju yang mendedahkan bahu, tutup dadah, tali pinggang, pending,
selendang, tutup leher, hiasan kepala, gelang tangan dan gelang kaki.
Pakaian adalah berwarna-warni dan gemilang dan kelihatan elok dan
menarik.
Ciri-ciri asasi Joget Gamelan bukan sahaja mengkhaskannya
sebagai tarian Malaysia tetapi juga menghubunginya dengan tarian Istana
Jawa. Terdapat pertalian antara musik dan tarian dalam kedua-dua
tradisi ini. Pertalian ini adalah penting kerana ia mengukuhkan teori
bahawa-Joget- Gameian berasal di-Indonesia:Tetapi_pada masa ini, Joget
Gamelan adalah istimewa kepada Malaysia.
Description
Keywords
Joget Gamelan mengekalkan , sebagai sebuah tarian kelasik.