Joget Gamelan : A Study Of Its Contemporary Practice
dc.contributor.author | D'Cruz, Marion Francena | |
dc.date.accessioned | 2017-09-28T06:36:44Z | |
dc.date.available | 2017-09-28T06:36:44Z | |
dc.date.issued | 1979-10 | |
dc.description.abstract | Kajian asas untuk tesis ini telah dijalankan di Pahang, Trengganu, Kuala Lumpur, Riau, Jawa dan Sumatera. Bentuk Joget Gamelan yang dipersembahkan masakini adalah berpunca dari lingkongan istana dan merupakan tarian perempuan yang halus dan 'sophisticated'. Musik untuk tarian ini adalah dari orkes gamelan yang digelar Gamelan Melayu kerana mempunyai ciri-ciri yang memperbezakannya dari jenisjenis gamelan lain. Kajian sejarah Joget Gamelan menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan rapat dengan Indonesia melalui Riau dan kerajaan-kerajaan kecil Jawa tengah. Joget Gamelan telah diamalkan di Istana Pahang antara 1811 dan 1914 dan di Istana Trengganu antara 1914 dan 1942. Tahun 1942 menandakan penamatan amalan rasnn Joget Gamelan Istana di Trengganu. Joget Gamelan dihidupkan semula dalam tahun 1969 dan dipersembahkan untuk kali pertama di luar Istana. Ia berterusan hari ini dan dipersembahkan masakini oleh empat kumpulan tarian. Joget Gamelan mengekalkan beberapa sifat-sifat keistanaannya dan ini telah menempatinya sebagai sebuah tarian kelasik. Terdapat beberapa ciri-ciri dasar dalam tarian ini. Gerak-geri lengan dan tangan adalah penting dan menunjukkan corak-corak yang tertentu, manakala kaki membawa penari dari setempat ke tempat lain melalui langkah yang kecil dan tepat. Kawalan rapi tubuh dan pinggang menghaluskan tarian Joget Gamelan. Sebuah tarian J~~t Gamelan mengandungi beberapa gerak-geri yang membentuk 'phrase'. Tiap-tiap 'phrase' ini diulangi supaya membentuk satu rangkaian gerakan dan tiap-tiap sesuatu rangkaian diatur dan membina beberapa corak-corak lantai. Alat musik, skail, struktur musik dan gaya Gamelan Melayu adalah istimewa kepada Joget Gamelan. Orkes gamelan terdiri dari tiga buah 'xylophone', dua set gong 'chime', dua buah gong besar yang tergantung dan sebuah gendang. Skailnya mengandungi lima nada. Enam struktur formal yang mengasaskan kesemua musik Joget Gamelan berpandu kepada teori gongan. Antara alat-alat musik, sebilangan alat merupakan penanda masa manakala yang lain memainkan'melody'. Gendang menyediakan rentak kepada musik ini. Satu daripada fenomena yang menarik mengenai Joget Gamelan ialah kombinasi rapat antara tarian dan musik. Ciri-ciri asasi keduadua bahagian tarian dan musik mencapai satu perhubungan harmoni yang rapat. Ini adalah nyata di semua tarian-tarian Joget Gamelan. Pakaian untuk Joget Gamelan mencerminkan asal-usulnya di Istana. Pakaian terdiri daripada sehelai sarung, baju berlengan atau baju yang mendedahkan bahu, tutup dadah, tali pinggang, pending, selendang, tutup leher, hiasan kepala, gelang tangan dan gelang kaki. Pakaian adalah berwarna-warni dan gemilang dan kelihatan elok dan menarik. Ciri-ciri asasi Joget Gamelan bukan sahaja mengkhaskannya sebagai tarian Malaysia tetapi juga menghubunginya dengan tarian Istana Jawa. Terdapat pertalian antara musik dan tarian dalam kedua-dua tradisi ini. Pertalian ini adalah penting kerana ia mengukuhkan teori bahawa-Joget- Gameian berasal di-Indonesia:Tetapi_pada masa ini, Joget Gamelan adalah istimewa kepada Malaysia. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4732 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Joget Gamelan mengekalkan | en_US |
dc.subject | sebagai sebuah tarian kelasik. | en_US |
dc.title | Joget Gamelan : A Study Of Its Contemporary Practice | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: