Perlakuan pemaju swasta apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysia
Loading...
Date
2001-11
Authors
Yusof, Nor 'Aini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pendekatan pemudah cara yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia bagi mengatasi
masalah perumahan telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan pembuat dasar dan
penyelidik tentang pihak yang sebenarnya memperoleh manfaat daripada pendekatan ini.
Pendekatan ini yang rnemberi tanggungjawab yang lebih besar kepada pemaju swasta membina
rumah untuk golongan berpendapatan rendah rnenimbulkan keraguan bahawa kepentingan
korporat dan golongan berpendapatan tinggi akan lebih diutamakan daripada golongan sasaran.
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk menganalisis perlakuan pemaju swasta apabila berhadapan
dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysia. Ia menyelidik sama ada dasar yang
menghendaki pemaju membina sekurang-kurangnya 30 peratus rurnah kos rendah, berupaya
memastikan pemaju membina rumah tersebut. Ia meneliti perlakuan pemaju membeli dan
memajukan tanah serta perlakuan perundingan dan tawar-menawar dengan pihak berkuasa,
apabila berhadapan dengan dasar berkenaan, semasa pasaran berkeadaan baik dan meleset.
Berasaskan senarai pemaju yang diberi lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan secara sengaja. Teknik
temubual kualitatif dirnanfaatkan agar kajian secara mendalam dilaksanakan pada bilangan
responden yang kecil. Temubual dilaksanakan dengan pemaju swasta, pihak berkuasa tempatan,
pihak berkuasa negeri, pihak kementerian dan wakil daripada persatuan pemaju. Data ini
kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis kualitatif, iaitu kaedah suntingan.
Penyelidikan ini mendapati dasar perumahan kos rendah berjaya mencorakkan perlakuan pemaju
swastq di Malaysia dan berjaya memastikan pemaju memajukan rumah kos rendah, semasa
pasaran berkeadaan baik. Semasa pasaran berkeadaan baik, selain daripada membina rumah kos
rendah kerana dikehendaki berbuat demikian, pemaju cenderung rnembina rumah kos tinggi,
rumah kedai, hartanah komersial dan industri. Sebaliknya semasa pasaran meleset, pemaju sukar
membina rumah kos rendah, kerana ketiadaan permintaan rumah atau hartanah kos tinggi. Oleh itu mereka mengubah suai pemajuan dengan membina rumah kos sederhana rendah dan kos
sederhana, membina projek bersaiz kecil atau menangguhkan pemajuan.
Penemuan di atas membawa beberapa implikasi terhadap corak pemajuan perumahan pemaju
swasta di Malaysia. Dasar perumahan kos rendah hanya berjaya memastikan pemaju membina
rumah kos rendah, semasa pasaran berkeadaan baik iaitu bergantung kepada permintaan hartanah
kos tinggi. Selain itu, tiada hubungan yang jelas antara syarat 30 peratus dengan keperluan
perumahan golongan berpendapatan rendah. Pelaksanaan dasar tersebut juga tidak mengambil
kira keperluan perumahan di sesuatu kawasan. Sebagai tambahan, pengecualian membina rumah
kos rendah di kawasan yang mahal menyebabkan rumah tersebut dimajukan di kawasan yang
murah, jauh daripada- pusatĀ· bandar dan kemudahan asas hingga menyukarkan golongan
berpendapatan rendah. Amalan subsidi silang menyebabkan pemaju cenderung membina
hartanah kos tinggi dan mengabaikan rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana. Akhir
sekali, pengaruh politik dalam pemajuan perumahan menghasilkan keputusan yang memihak
kepada pemaju.
Description
Keywords
Perumahan kos rendah