Perlakuan pemaju swasta apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysia

dc.contributor.authorYusof, Nor 'Aini
dc.date.accessioned2017-07-27T01:20:41Z
dc.date.available2017-07-27T01:20:41Z
dc.date.issued2001-11
dc.description.abstractPendekatan pemudah cara yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia bagi mengatasi masalah perumahan telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan pembuat dasar dan penyelidik tentang pihak yang sebenarnya memperoleh manfaat daripada pendekatan ini. Pendekatan ini yang rnemberi tanggungjawab yang lebih besar kepada pemaju swasta membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah rnenimbulkan keraguan bahawa kepentingan korporat dan golongan berpendapatan tinggi akan lebih diutamakan daripada golongan sasaran. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk menganalisis perlakuan pemaju swasta apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysia. Ia menyelidik sama ada dasar yang menghendaki pemaju membina sekurang-kurangnya 30 peratus rurnah kos rendah, berupaya memastikan pemaju membina rumah tersebut. Ia meneliti perlakuan pemaju membeli dan memajukan tanah serta perlakuan perundingan dan tawar-menawar dengan pihak berkuasa, apabila berhadapan dengan dasar berkenaan, semasa pasaran berkeadaan baik dan meleset. Berasaskan senarai pemaju yang diberi lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan secara sengaja. Teknik temubual kualitatif dirnanfaatkan agar kajian secara mendalam dilaksanakan pada bilangan responden yang kecil. Temubual dilaksanakan dengan pemaju swasta, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa negeri, pihak kementerian dan wakil daripada persatuan pemaju. Data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis kualitatif, iaitu kaedah suntingan. Penyelidikan ini mendapati dasar perumahan kos rendah berjaya mencorakkan perlakuan pemaju swastq di Malaysia dan berjaya memastikan pemaju memajukan rumah kos rendah, semasa pasaran berkeadaan baik. Semasa pasaran berkeadaan baik, selain daripada membina rumah kos rendah kerana dikehendaki berbuat demikian, pemaju cenderung rnembina rumah kos tinggi, rumah kedai, hartanah komersial dan industri. Sebaliknya semasa pasaran meleset, pemaju sukar membina rumah kos rendah, kerana ketiadaan permintaan rumah atau hartanah kos tinggi. Oleh itu mereka mengubah suai pemajuan dengan membina rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana, membina projek bersaiz kecil atau menangguhkan pemajuan. Penemuan di atas membawa beberapa implikasi terhadap corak pemajuan perumahan pemaju swasta di Malaysia. Dasar perumahan kos rendah hanya berjaya memastikan pemaju membina rumah kos rendah, semasa pasaran berkeadaan baik iaitu bergantung kepada permintaan hartanah kos tinggi. Selain itu, tiada hubungan yang jelas antara syarat 30 peratus dengan keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah. Pelaksanaan dasar tersebut juga tidak mengambil kira keperluan perumahan di sesuatu kawasan. Sebagai tambahan, pengecualian membina rumah kos rendah di kawasan yang mahal menyebabkan rumah tersebut dimajukan di kawasan yang murah, jauh daripada- pusatĀ· bandar dan kemudahan asas hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah. Amalan subsidi silang menyebabkan pemaju cenderung membina hartanah kos tinggi dan mengabaikan rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana. Akhir sekali, pengaruh politik dalam pemajuan perumahan menghasilkan keputusan yang memihak kepada pemaju.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4248
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPerumahan kos rendahen_US
dc.titlePerlakuan pemaju swasta apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: