Kajian implikasi ke atas pembeli-pembeli hartanah terbengkalai di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003-03
Authors
Tan, Tzee Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Berlakunya projek-projek terbengkalai telah menyekat sektor pembinaan daripada berperanan sebagai penggerak utama kepada pembangunan sesebuah negara. Pihak yang paling terjejas akibat daripada projek-projek terbengkalai ialah pembeli-pembeli hartanah. Kepentingan pembeli-pembeli hartanah ini banyak diketepikan dengan adanya amalan Konsep 'Jual dan Bina' yang telah lama diamalkan di negara ini. Objektif pemilihan tajuk ini bertujuan untuk mengkaji samada Akta-akta sediada menjaga kepentingan pembeli hartanah, kesan projek terbengkalai terhadap pembeli hartanah dari segi ekonomi dan sosial, pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pembeli serta jenis hartanah yang banyak terbengkalai. Kajian-kajian implikasi dibuat ke atas pembeli-pembeli hartanah beberapa projek-projek terbengkalai yang berlaku di Pulau Pinang melalui cara soal selidik, temubual dan kajian kes. Tujuan kajian dibuat supaya mendalami masalah pembeli-pembeli. Penemuan-penemuan yang diperolehi mencerminkan bahawa Akta-akta yang sediada tidak memadai untuk rnelindungi pembeli hartanah, pembeli hartanah menanggung beban yang berat dari segi ekonomi dan sosial, jenis pembangunan hartanah rumah bertingkat- · · tingkat paling banyak terbengkalai dan pemaju merupakan pihak yang perlu memikul sebahagian besar tanggungjawab daripada pandangan pembeli hartanah. Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut, cadangan-cadangan seperti pemulihan dan pencegahan projek-projek terbengkalai juga akan dibincangkan.
Description
Keywords
Pembeli hartanah
Citation