Kajian implikasi ke atas pembeli-pembeli hartanah terbengkalai di Pulau Pinang

dc.contributor.authorTan, Tzee Ling
dc.date.accessioned2017-08-22T06:40:52Z
dc.date.available2017-08-22T06:40:52Z
dc.date.issued2003-03
dc.description.abstractBerlakunya projek-projek terbengkalai telah menyekat sektor pembinaan daripada berperanan sebagai penggerak utama kepada pembangunan sesebuah negara. Pihak yang paling terjejas akibat daripada projek-projek terbengkalai ialah pembeli-pembeli hartanah. Kepentingan pembeli-pembeli hartanah ini banyak diketepikan dengan adanya amalan Konsep 'Jual dan Bina' yang telah lama diamalkan di negara ini. Objektif pemilihan tajuk ini bertujuan untuk mengkaji samada Akta-akta sediada menjaga kepentingan pembeli hartanah, kesan projek terbengkalai terhadap pembeli hartanah dari segi ekonomi dan sosial, pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap pembeli serta jenis hartanah yang banyak terbengkalai. Kajian-kajian implikasi dibuat ke atas pembeli-pembeli hartanah beberapa projek-projek terbengkalai yang berlaku di Pulau Pinang melalui cara soal selidik, temubual dan kajian kes. Tujuan kajian dibuat supaya mendalami masalah pembeli-pembeli. Penemuan-penemuan yang diperolehi mencerminkan bahawa Akta-akta yang sediada tidak memadai untuk rnelindungi pembeli hartanah, pembeli hartanah menanggung beban yang berat dari segi ekonomi dan sosial, jenis pembangunan hartanah rumah bertingkat- · · tingkat paling banyak terbengkalai dan pemaju merupakan pihak yang perlu memikul sebahagian besar tanggungjawab daripada pandangan pembeli hartanah. Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut, cadangan-cadangan seperti pemulihan dan pencegahan projek-projek terbengkalai juga akan dibincangkan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4406
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPembeli hartanahen_US
dc.titleKajian implikasi ke atas pembeli-pembeli hartanah terbengkalai di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: